in , ,

Penampilan Istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza Meriahkan Festival PURWA PUITIKA

KEPURBAAN Tapak Arkeologi Sungai Batu Kedah Tua yang merupakan tapak tamadun Melayu teawal di Asia Tenggara menjadi saksi keunggulan Festival Purwa Puitika yang berlangsung selama dua hari pada 2 dan3 September 2022.

Diusahakan secara bersama oleh Meja Poedjangga, Jabatan Warisan Negara Wilayah Utara, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, Wisma Darul Aman, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Jabatan Kerja Raya Kuala Muda, Mabrook Aafiyah serta sokongan erat daripada Ahli Parlimen Merbok, festival yang menjadikan tema bahasa dan kemerdekaan ini menjadi sebuah lagi mercu tanda acara sastera tanah air. 

Festival Purwa Puitika Ditonton 3000 Penonton,  Penampilan Istimewa Dato' Sri Siti Nurhaliza

Purwa (purba atau awal) Puitka yang dianjurkan bagi menjambatani hubungan sastera kebangsaan dengan sejarah ketamadunan Melayu yang agung itu juga sebagai usaha hebahan yang berterusan kepada masyarakat tentang kewujudan tapak arkeologi yang telah wujud sejak 788 sebelum masihi. 

Festival Purwa Puitika Ditonton 3000 Penonton,  Penampilan Istimewa Dato' Sri Siti Nurhaliza

Terbahagi kepada dua iaitu Kampung Budaya yang diisi dengan Kejuaraan Seni Silat Hulubalang Melayu Kedah Tua, Sukan Rakyat seperti konda-kondi, tuju tin, sepak raga bulat dan batu seremban serta Kampung Puisi yang diisi dengan Muzika Purwaloka pada malam pertama dan kemuncaknya Muzikalisasi Puisi Purwa Puitika pada malam kedua. 

Festival Purwa Puitika Ditonton 3000 Penonton,  Penampilan Istimewa Dato' Sri Siti Nurhaliza

Muzikalisasi Puisi Purwa Puitika yang dibuka dengan dendangan nazam oleh Kumpulan Kesenian Universiti Utara Malaysia disambung dengan puisitari oleh Shirley Idris sebelum persembahan silat pertarungan oleh Petubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. 

Kombo Majlis Kebudayaan Negeri Kedah seterusnya mengiringi persembahan Umar Uzair melalui Cenderawasih dan deklamator kebangsaan Lin Haslinaz berpadu tenaga bersama anak bongsunya Aryan Andika melalui monolog Layar 1957 karya aktor Hairi Safwan. 

Festival Purwa Puitika Ditonton 3000 Penonton,  Penampilan Istimewa Dato' Sri Siti Nurhaliza

Beto Kusyairy mencuri tumpuan melalui deklamasinya dengan puisi Berjalan di Bumi Merdeka dan Sasterawan Negara Dato’ Dr. Zurinah yang memetik sejarah Sungai Batu dalam syairnya yang berbunyi; 

Di kaki Jerai di Sungai Batu Tamadun awal bermula di situ 

Kedah Tua sudahlah tentu Tetap menjadi rakaman waktu 

Kemunculan yang dinanti-nantikan tentulah Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang membuka persembahannya dengan Kurik Kundi sebelum mendendangkan Cindai diriingi kumpulan penari Shuqdancer. 

Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut memberikan penghargaan terhadap penganjuran Purwa Puitika yang terus memperkasakan sastera dan bahasa Melayu kepada khayalak. 

Festival Purwa Puitika Ditonton 3000 Penonton,  Penampilan Istimewa Dato' Sri Siti Nurhaliza

Muzikalisasi Puisi Purwa Puitika ditutup dengan persembahan kemuncak oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Penyair Muda ASEAN 2015 yang juga pengasas Puitika, Umar Uzair melalui Pandang-Pandang Jeling-Jeling diiringi Majlis Kebudayaan Negeri Kedah. 

Kejayaan Festival Purwa Puitika yang berjaya menarik kehadiran lebih 3000 pengunjung ini sekaligus mematahkan skeptikal masyarakat terhadap penganjuran acara puisi yang lesu selain merupakan serampang dua mata bagi pembangunan susastera kebangsaan agar terus dikenali dan pemartabatan tapak tamadun yang sezaman dengan empayar Rom. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gegar Vaganza 9

Astro Umum Senarai 13 Peserta GV9 & Juri Program GEGAR VAGANZA 9

Shila Amzah Smile | 13

Shila Amzah Nafi Masuk Gegar Vaganza 9 Semata Kerana Duit