in

Festival Kesenian Orang Asli dan Peribumi Malaysia 2011

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui urus setia Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengumumkan bahawa Timbalan Menteri KPKK, YB Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz akan menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Kesenian Orang Asli dan Peribumi Malaysia 2011 pada 12 November 2011 (Sabtu) ini di Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) Kepong pada pukul 4.00 petang.

Festival Kesenian Peribumi Malaysia pula akan memaparkan kesenian orang asli dan peribumi Malaysia dalam bidang muzik dan tarian; di samping memperagakan busana yang dihiasi dengan perhiasan yang unik yang akan ditampilkan buat julung kalinya di Malaysia. Untuk meningkatkan pemahaman dan apresiasi pada budaya Orang Asli dan masyarakat peribumi, menampilkan pencapaian-pencapaian kesenian tiga suku utama Orang Asli iaitu Semang ( Negrito), Senoi, Proto-Melayu serta memberi galakan serta sokongan kepada bakat-bakat seni baru.

Ada antara peserta yang belum pernah melihat dunia moden dan tidak pernah menaiki kapal-terbang tetapi dibawa khas dari pedalaman ke Festival ini untuk membuat persembahan. Beberapa wakil media luar negara juga turut akan membuat liputan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Seksi Fasha Sandha di Pelancaran Majalah Lisa

Samsung Galaxy Note Kini Di Pasaran Malaysia