in , ,

Festival Hardtech & Trance Malaysia Bakal Gegar Sepang Oktober Ini

Pertemuan Epik Antara Dunia Muzik Elektronik Dan Aksi Lumba MotoGP Bakal Cipta Sejarah Hiburan Negara Dengan Debut Festival Bertaraf Global

Buat pertama kalinya dalam sejarah hiburan tanah air, Hi:Five Entertainment bakal menganjurkan festival muzik elektronik yang cukup ikonik — menggabungkan HardTech (Hardmission dan Techmission) serta Transmission. Festival ini akan berlangsung sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 dengan pre-party eksklusif pada 18 dan 19 Oktober 2025 di Helipad, Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Detik ini bukan sekadar pelancaran biasa, sebaliknya menjadi penanda aras baharu untuk industri muzik elektronik di Malaysia. Bayangkan, suasana MotoGP yang penuh dengan adrenalin perlumbaan berpadu dengan dentuman muzik trance dan hardstyle yang membuak tenaga. Gabungan dua dunia ini dijangka bakal mencipta suasana luar biasa yang mengundang peminat dari seluruh pelosok dunia.

Festival Hardtech & Trance Malaysia Bakal Gegar Sepang Oktober Ini

Hardtech Tampil Dengan Rave Futuristik Penuh Tenaga Dan Visual Epik

Bagi yang mungkin pertama kali mendengar nama HardTech, inilah sebuah jenama muzik elektronik global yang terkenal kerana menolak sempadan bunyi, teknologi dan budaya. HardTech dikenali dengan energi tanpa hentiirama keras serta persembahan visual yang futuristik. Ia bukan sekadar konsert biasa, tetapi satu pengalaman rave imersifyang membawa penonton seolah-olah berada dalam dunia lain — penuh cahaya neon, dentuman bass, dan teknologi audio-visual yang menggegarkan jiwa.

Penganjur menjelaskan bahawa HardTech di Malaysia akan menjadi versi yang lebih bertenaga, ganas dan penuh eksperimentasi, sesuai dengan semangat generasi muda yang dahagakan sesuatu yang segar dan ekstrem.

Festival Hardtech & Trance Malaysia Bakal Gegar Sepang Oktober Ini

Transmission: Trance Ikonik Dunia Kini Jejakkan Kaki Di Malaysia

Sementara itu, Transmission bukanlah nama asing di pentas global. Berasal dari Eropah, ia sudah lama dianggap sebagai jenama trance paling ikonik di dunia. Apa yang membezakan Transmission daripada festival lain ialah produksi bertaraf sinematik, tema yang penuh naratif dan penggunaan cahaya laser, visual 3D serta sistem bunyi bertaraf dunia.

Kehadiran Transmission ke Malaysia bukan sekadar membawa line-up DJ kelas dunia, tetapi juga memperkenalkan sebuah budaya trance global yang telah memikat jutaan peminat di seluruh benua. Ia seperti membuka pintu baru untuk penggemar trance tempatan, memberi peluang merasai pengalaman yang sebelum ini hanya boleh dicapai di Prague atau Sydney.

Ini bukan sekadar festival muzik, tetapi satu bentuk perayaan komuniti, budaya, dan masa depan muzik elektronik di Malaysia,” kata wakil Hi:Five Entertainment.

MotoGP Dan Muzik Elektronik: Dua Dunia Bergabung Dalam Satu Festival

Apa yang menjadikan festival ini lebih unik ialah kerjasama strategik dengan PETRONAS Sepang International Circuit. Gabungan sukan permotoran paling berprestij dunia dengan muzik elektronik mencipta suasana luar biasa: siang dipenuhi dengan deruman enjin dan malam pula diterangi dengan dentuman bass, visual dan laser.

Bayangkan ribuan penonton MotoGP yang datang dari seluruh dunia akhirnya berkumpul di satu lokasi untuk berparti hingga ke tengah malam, meraikan dua obsesi mereka dalam satu acara. Ini bukan lagi sekadar konsert, tetapi gerakan budaya yang menyatukan komuniti peminat muzik dan peminat sukan.

Festival Hardtech & Trance Malaysia Bakal Gegar Sepang Oktober Ini

Sorotan Festival: Dari DJ Dunia Hingga Produksi Visual Tanpa Tanding

Antara sorotan acara termasuk:

  • Persembahan DJ bertaraf dunia merangkumi genre hardstyle, hardtechno dan trance.
  • Produksi visual penuh cahaya, laser dan teknologi imersif yang membawa penonton ke alam lain.
  • Kolaborasi khas bersama PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025.
  • Detik bersejarah buat komuniti rave tempatan kerana kembalinya irama trance ke Malaysia dengan skala yang lebih besar daripada sebelumnya.
Festival Hardtech & Trance Malaysia Bakal Gegar Sepang Oktober Ini

Senarai DJ Bertaraf Dunia Bakal Gegarkan Helipad Sepang

HardTech – 18 Oktober 2025

  • Space 02
  • Driftmoon
  • MANDY
  • Daxson
  • Tweekacore
  • Sub Zero Project
  • Warface
  • Trym
  • Digital Culture
  • Sep B2B Suhsi
  • Digital Rush B2B Gio
  • Alexis Grace
  • Mister Ariffin
  • Nahksy
  • Chukies & Whackboi
  • Bass Agent
  • Boris Fong

Transmission – 19 Oktober 2025

  • Markus Schulz Rabbit
  • Aly & Fila
  • Ben Nicky

Barisan ini membuktikan bahawa penganjur tidak main-main. Mereka membawa nama-nama besar trance dan hardtech yang memang sinonim dengan festival gergasi dunia.

Festival Hardtech & Trance Malaysia Bakal Gegar Sepang Oktober Ini

Butiran Festival, Tiket Dan Pakej Istimewa Hotel

Festival akan berlangsung selama dua hari:

  • Tarikh: 18 & 19 Oktober 2025
  • Masa: 3.00 petang hingga 11.50 malam
  • Lokasi: Helipad, Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
  • Jangkaan Kehadiran: 15,000 orang

Harga tiket:

  • GA 2 Day Passes:
    • Pre Sale 1: RM268
    • Pre Sale 2: RM288
    • Tier 1: RM338
    • Tier 2: RM378
  • VIP Experience 2 Day Passes:
    • Pre Sale: RM468
    • Normal: RM498

Selain tiket biasa, akan ada pakej istimewa tiket + hotel bersama hotel rasmi seperti Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan Ibis Styles Sepang KLIA.

Festival Hardtech & Trance Malaysia Bakal Gegar Sepang Oktober Ini

Penganjur juga bekerjasama dengan radio utama seperti HITZ FM, ERA FM, MY FM, serta media digital EDM Hubdan Party Lab KL untuk memastikan festival ini mencapai khalayak yang luas.

Tiket boleh dibeli secara rasmi di Ticketmelon.com dan Megatix.asia. Untuk info terkini, orang ramai boleh mengikuti @hifiveasia di Instagram dan Facebook.

Apa Kata Budiey?

Budiey melihat festival ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi sebuah landmark budaya hiburan yang boleh melonjakkan Malaysia ke peta festival elektronik dunia. Selama ini, ramai peminat EDM terpaksa ke luar negara untuk merasai pengalaman rave berskala besar. Kini, dengan gabungan MotoGP + HardTech + Transmission, Malaysia punya peluang untuk menjadi destinasi festival yang setaraf dengan Eropah dan Australia.

Cuma, cabaran terbesar nanti ialah soal logistik, keselamatan dan kawalan crowd, kerana mengendalikan lebih 15,000 orang dengan dua acara besar serentak bukan sesuatu yang mudah. Kalau penganjur mampu kawal aspek ini dengan baik, tidak mustahil festival ini akan jadi acara tahunan yang dinanti-nantikan.

Jujurnya, Budiey rasa ini peluang terbaik untuk Malaysia membuktikan bahawa kita juga mampu menguruskan festival EDM mega. Mungkin selepas ini, lebih banyak jenama global berani masuk ke pasaran Malaysia. Jadi, untuk peminat muzik elektronik — inilah masanya untuk berparti tanpa henti, meraikan muzik, budaya dan komuniti dalam satu festival yang epik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Onyx Bawa Pengalaman Sinematik Terunggul Untuk Filem ‘Flow’