in ,

Festival ECO FEST 2013

StesenSENI dengan kerjasama ULTRA 101.3FM dan Riwayat Records akan menganjurkan satu festival bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terutamanya remaja tentang peri pentingnya amalan cara hidup sihat dan perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Janda Baik dengan anugerah alam semulajadi yang indah dan terjaga telah dipilih sebagai lokasi festival kali ini kerana mempunyai ciri-ciri yang amat sesuai untuk diketengahkan sebagai salah satu destinasi utama pelancongan eko di Malaysia. Justeru, penganjuran Eco Fest 2013 ini dirasakan amat bertepatan dengan aspirasi kerajaan dan masyarakat terutamanya remaja yang bertujuan mempromosikan kehidupan sihat dan positif, seterusnya memperkenalkan Janda Baik sebagai salah satu destinasi pilihan untuk pelancongan di Malaysia.

Eco Fest 2013 akan diadakan pada hari Sabtu, 28 Disember 2013 bertempat di Padang Awam Janda Baik, Bentong, Pahang. Untuk tujuan ini, beberapa aktiviti menarik telah dirancang seperti pertandingan bola sepak sembilan sebelah yang akan disertai oleh pasukan dari Kakitangan Frenz United FC, Janda Baik FC, Utusan dan RTM, juga persembahan artis-artis popular tanahair seperti Najwa Latif, Azlan & The Typewriter, Altimet, Awi Rafael, Nitrus, Pesawat, Bunkface, Waris dan lain- lain dalam konsert yang akan bermula seawal jam 3.00 petang pada hari tersebut. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi festival ini.

ULTRA 101.3FM merupakan stesen radio bahasa melayu yang baru dilancarkan pada 26 November 2013 yang lepas. ULTRA menampilkan konsep kepelbagaian dari segi muzik yang disajikan buat pendengar ibukota hari ini. Lagu-lagu yang disiarkan di ULTRA tidak hanya tertumpu pada satu genre sahaja sebaliknya di ULTRA lagu yang dimainkan tidak tertakluk kepada prajudis tradisional.

Selain itu ULTRA juga turut menyalurkan informasi dan berita seperti lalulintas, kemalangan, jenayah, aktiviti dan program-program yang yang tertumpu di kawasan Lembah Klang bagi bertujuan untuk membantu menaik-taraf kehidupan warga ibukota. Antara barisan penyampai yang menceriakan hari-hari anda bersama ULTRA adalah Jimmy Shanley & Mamat Sepah di ULTRA 6-10 (6 pagi – 10 pagi), Mon Ryanti pula di ULTRA 10-3 (10 pagi – 3 petang), manakala ULTRA 3-8 dikendalikan oleh Sharifah Shahira (3 petang – 8 malam) dan di sebelah malam ditemani oleh Fizi Ali di ULTRA 8-1 (8 malam – 1 pagi).

Sebagai sokongan, pihak stesen ULTRA turut serta menjadi stesen rasmi kepada acara Eco Fest 2013 yang bakal berlansung pada 28 Disember 2013. Eco Fest 2013 ini diadakan di Janda Baik bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Janda Baik adalah antara destinasi yang patut dikunjungi oleh pelancong tempatan dan luar negara kerana keindahan alam yang terdapat disana tidak sama seperti di tempat lain. Walaupun Janda Baik antara kawasan yang dekat dengan bandaraya Kuala Lumpur, keindahannya masih belum dicemari dengan pembangunan.

Selain menyokong dari segi promosi on air dan pengumuman di semua media sosial, ULTRA mengadakan pertandingan memenangi pas khas untuk temui artis-artis yang akan mempersembahkan karya mereka di Eco Fest 2013. Pada minggu 23-27 Disember pula, ULTRA akan mengenengahkan barisan artis-artis Eco Fest 2013 dalam segmen Spotlight ULTRA bersama Sharifah Shahira di ULTRA 3-8 (3 petang – 8 malam).

Facebook: www.facebook.com/ultranisme | Twitter: www.twitter.com/ultranisme | Instagram: www.instagram.com/ultranisme

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Berinai Isteri Aril AF7

Drama Bersiri Ariana Rose di TV3