in , ,

Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia 2025 MALF 2025 Bakal Gegarkan Sepang

Dua Hari Sarat Aksi, Budaya Dan Gaya Hidup Di Litar Sepang Dengan Suasana Penuh Rasa Bangga Jadi Anak Malaysia

Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025 bukan sekadar festival, tapi satu fenomena. Sebuah pertemuan antara kelajuan dan budayaantara enjin dan emosi, yang bakal mencipta satu memori kolektif rakyat Malaysiadalam dua hari yang dijangka akan mengubah definisi hiburan rakyat tempatan. Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang pada 14 dan 15 Jun 2025, festival ini bakal menghidangkan gabungan aksi sukan permotoran, keunikan budaya, dan keseronokan gaya hidup keluarga dalam satu ruang yang terbuka dan inklusif.

Bukan Ekspo Biasa, Ini Adalah Festival Jiwa Malaysia

Apa yang membezakan MALF 2025 daripada pameran automotif lain adalah jiwanya. Festival ini bukan sekadar pamer kereta, ia adalah platform ekspresi budaya Malaysia dalam bentuk yang paling kontemporari. Budiey pernah hadir pada edisi lalu dan tahun ini, aura dan skalanya nampak makin luar biasa. Drift? Ada. Retro cars? Bersepah. Kereta JDM rare dan supercar mewah? Confirm terpacak. Tapi, semuanya dilapisi dengan jiwa Malaysia yang penuh warna — dari persembahan tarian tradisional, ke makanan lokal yang menggamit memori, sampai ke bazaar yang padu.

Bayangkan suasana: bau asap tayar bercampur aroma sate, bunyi enjin V8 bertembung dengan irama kompang, budak kecil main belon sebelah kereta Ferrari — itulah MALF.

Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia 2025 MALF 2025 Bakal Gegarkan Sepang

800 Kereta, 1 Impian Kolektif

Satu perkara yang paling hype tahun ini adalah perhimpunan kelab kereta terbesar Malaysia. Lebih daripada 800 buah kereta akan berkumpul — dari yang vintage macam Datsun 510, hingga lah ke McLaren dan Bugatti yang jarang-jarang keluar dari garaj. Budiey difahamkan akan ada juga kereta custom eksklusif buatan anak tempatan. Ini bukan main-main. Ini showcase bakat Malaysia.

Tambah menarik, ada juga slot “Show Your Ride” di mana pemilik kereta boleh register untuk pamer ride mereka dan mungkin menang hadiah misteri. Satu peluang padu untuk yang selalu polish kereta waktu malam but never get the spotlight.

Masuk Percuma Tapi Feel VVIP

Nak tahu apa paling power? MALF 2025 ni PERCUMA untuk semua. Tapi walau masuk percuma, feel dia macam VVIP. Dari akses ke kawasan pit, sampai demo aksi oleh pemandu lagenda — semuanya buat pengunjung rasa macam masuk Fast & Furious versi Malaysia.

Tahun ni juga, festival tambah satu ruang eksklusif iaitu ‘Ruang Ekspresi’ di mana pengunjung boleh join talks, workshop kereta dan sesi meet & greet dengan personaliti automotif tempatan. Budiey akan jadi salah seorang moderator untuk segmen “Drive & Influence” yang akan berbual pasal bagaimana dunia automotif dan influencer marketing boleh bergabung.

Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia 2025 MALF 2025 Bakal Gegarkan Sepang

Pentas Budaya Jadi Spotlight Jiwa Malaysia

Sambil tayar berpusing, jiwa pun dibelai. Festival ini turut menampilkan persembahan budaya dari seluruh pelusuk negara. Bukan yang biasa-biasa ya, tapi curated performance yang tunjukkan betapa kaya dan halusnya warisan kita. Dari tarian etnik Borneo, ke silat pulutdikir barat, dan juga persembahan gendang dari komuniti India dan Cina tempatan.

“Festival MALF 2025 ini mencerminkan siapa kita sebagai sebuah negara hari ini: sebuah masyarakat berbilang kaum, bertenaga dan sentiasa maju ke hadapan. Ia meraikan semua rakyat Malaysia, dan kami berbesar hati dapat menganjurkannya,” jelas Malcolm Khoo, CEO KL Works dan orang kuat di sebalik festival ini.

Pengaruh Serantau Semakin Kukuh – Asia Tenggara Kini Melihat Ke Malaysia

Apa yang dulu dianggap acara niche, kini sudah jadi platform serantau. MALF 2025 menerima penyertaan daripada Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei, yang masing-masing membawa komuniti peminat kereta mereka sendiri. Ini membuktikan Malaysia bukan sekadar penonton — kita adalah pemain utama dalam ekosistem automotif dan gaya hidup Asia Tenggara.

Jaringan ini membuka peluang besar — bukan saja dari sudut pelancongan, tapi juga ekonomi kreatif dan kolaborasi rentas sempadan. MALF kini bukan sahaja milik Malaysia, tetapi milik rantau.

Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia 2025 MALF 2025 Bakal Gegarkan Sepang

Untuk Ayah, Anak, Ibu Dan Semua — Ini Festival Mesra Keluarga

Tak lengkap festival kalau anak-anak meragam. Tapi kat MALF 2025, semua dah dipakejkan dengan zon kanak-kanak interaktifruang rehat wanita dengan servis spa ringkas, dan booth produk lokal yang hype — dari sneakers tempatan, ke kopi artisan dan streetwear.

Ada juga Auto Icons Show, showcase motosikal custom, dan satu acara rare bernama Larian Kopi — ya, larian sambil bawa kopi, siapa tumpah kalah. Serius fun dan quirky.

Dan kerana jatuh pada hujung minggu Hari Bapa, Budiey rasa ini peluang emas untuk hadiahkan pengalaman yang lebih bernilai dari sekadar dompet atau jam tangan — moment yang akan dikenang seumur hidup.

DIN_9930

Ikuti Segala Update Dan BTS Di @malfestivalmy

Kalau korang nak rasa dulu vibe dia, boleh intai semua behind-the-scenes, teaser, dan aktiviti pra-festival di Instagram dan Facebook @malfestivalmy. Budiey pun akan buat beberapa live dan IG story khas dari Sepang, so jangan lupa follow juga @Budiey untuk content eksklusif sepanjang dua hari tu.

APA KATA BUDIEY?

Budiey boleh katakan dengan yakin, MALF 2025 bukan calang-calang acara. Ia bukan hanya tentang kereta atau budaya, tapi tentang mencipta ruang bersama yang menyatukan semua — tua muda, urban desa, petrolhead mahupun food hunter.

MALF adalah bukti bahawa Malaysia mampu hasilkan acara world-class, dengan roh tempatan yang kuat dan identiti yang tak luntur. Kalau diberi peluang untuk berkembang lebih luas dan dijenamakan secara konsisten, Budiey percaya MALF bakal jadi ikon gaya hidup dan pelancongan tahunan seperti Tokyo Auto Salon atau Goodwood Festival di UK.

Dan yang paling best, ia bermula di tanah kita sendiri. Jumpa Budiey di sana nanti — kita drift, kita makan, kita celebrate Malaysia!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Maher Zain Bakal Diadakan di Kuala Lumpur, Singapura & Kota Kinabalu