in ,

Ferhad Tersingkir & Liza Hanim Tempat Pertama di Konsert GEGAR VAGANZA 4 Minggu Ke-2

Selesai dari Media Trip StarCruise Port Klang – Phuket – McLeod selama 5 hari, Budiey pulang dan terus bekerja buat liputan di Konsert GEGAR VAGANZA 4 untuk minggu kedua yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Rangkaian lagu-lagu yang didendangkan pada malam ini, memang mengimbau kenangan dan diberikan sesuai dengan penyanyi walaupun lagu tersebut bukanlah lagu mereka.

Apa yang Budiey boleh katakan, kesemua peserta minggu ini melakukan perubahan yang cukup drastik. Aqasha misalnya mengakui persembahannya tidak macam minggu lalu. Kalau minggu lalu, beliau nampak cukup berdebar-debar namun, minggu ini persembahan Aqasha lancar.

Menepati ramalan, Liza Hanim mengungguli carta minggu kedua Gegar Vaganza musim keempat (GV4) apabila mendapat markah sebanyak 83.8 peratus meninggalkan 11 pesaing yang lain.

Sementara itu, penyanyi Singapura, Ferhad yang memperoleh markah sebanyak 52.5 peratus terpaksa mengucapkan selamat tinggal apabila menjadi peserta pertama disingkirkan. ini menjadikan Ferhad adalah peserta pertama tersingkir di pentas Gegar Vaganza musim keempat. Memang tak sangka kan? Pada konsert berkenaan Ferhad menyanyikan lagu nyanyian asal Cakra Khan berjudul Harus Terpisah mendapat markah terendah daripada juri profesional.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri. Berikut adalah kedudukan peserta #GV4 minggu kedua:

1. Liza Hanim – 83.8%
2. Haida – 72.9%
3. Hazami – 71.9%
4. Syura – 67.3%
5. Aishah- 67.3%
6. Tia Jinbara-66.8%
7. Lan Kristal- 64.5%
8. Aqasha – 63.4%
9. Firman- 63.3%
10. Elyana -62.8%
11. Raja Azura-61%
12. Ferhad-52.5%

Gegar Vaganza musim keempat menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala pelakon veteran, Datuk Jalaludin Hasan tampil sebagai juri jemputan.

“Ini bukan lagu yang mudah untuk dibawa. Tapi yang penting anda sudah berusaha menyanyikan lagu ini dengan cara anda tersendiri,” ujar Hetty.

Sementara itu, artis yang mara ke minggu hadapan ialah Aqasha, Firman, Hazami, Lan Kristal serta Tia Jinbara.

Sementara itu peserta wanita ialah Aishah, Elyana, Haida, Liza Hanim, Raja Azura dan Syura.

Gegar Vaganza 4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Ia turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keempat bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara. Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV4 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Patut Tahu Sebelum Beli OPPO F5

HP Malaysia Offering Exclusive Discounts for Lazada’s Online Revolution Sale