in , ,

Fennel & Co. Buka Ruang Santai & Makan, Seolah Anda Berada di Rumah Sendiri

Sebuah Lokasi Tenang, Rasa Hangat Seolah-olah Pulang Ke Rumah Sendiri Di Tengah Kota

Terletak di kawasan bukit yang dipeluk kehijauan Bukit Tunku, fennel & co. bukan sekadar restoran biasa. Ia lebih kepada “hidden gem” urban—sebuah ruang makan yang tenang, artistik dan penuh emosi yang membangkitkan rasa nostalgia serta keselesaan. Dibuka secara rasmi pada 12 Mei 2025, tempat ini tampil dengan aura yang berbeza, dan bagi Budiey yang berpeluang hadir ke majlis eksklusif media pada 5 Jun 2025, pengalaman di fennel & co. ini terasa seperti satu pelarian kecil dari kekacauan kota.

Restoran Yang Dicipta Untuk Mencipta Cerita Dan Memori Bermakna

Apa yang membezakan fennel & co. daripada restoran tipikal KL ialah falsafah di sebalik konsepnya. Bukan sekadar ruang makan, tetapi sebuah tempat yang mengangkat erti hubungan manusia, kenangan lama dan cerita baharu yang tercipta bersama orang tersayang.

Menurut pasukan pengasas fennel & co.:

“Kami menyediakan lebih daripada sekadar ruang untuk makan, namun kami telah membina ruang untuk rasa dimiliki.”

Segalanya direka teliti—daripada susun atur meja, pilihan warna dinding, iringan muzik latar, sehinggalah ke aroma kopi segar yang memenuhi ruang. Semua ini bertujuan untuk mewujudkan satu suasana yang mesra, menyenangkan dan inklusif, di mana setiap tetamu rasa seperti ahli keluarga yang dirai.

croque madame Fennel & co

Menu Signature Yang ‘Unexpected’ Tapi Membuatkan Anda Nak Kembali Lagi

Salah satu kekuatan fennel & co. ialah kurasi menu yang ‘bold’, berani tapi tak melupakan elemen comfort food. Di sinilah terletaknya keunikan: chef di dapur bukan sekadar menyediakan hidangan lazat, tetapi mereka mencipta pengalaman rasa yang kaya dengan personaliti dan kejutan.

Cuba sahaja Biiig Breakfast yang hadir dalam versi halal dan versatile. Pilih antara sosej ayam Sepanyol atau daging, dipadankan dengan telur dan sides yang seimbang dari segi rasa dan tekstur. Tak terlalu fancy tapi cukup memuaskan.

Atau mungkin anda mahukan sesuatu yang lebih klasik tetapi elevated? Croque Monsieur di fennel & co. bukan sembarangan. Diapit oleh roti brioche yang fluffy, hidangan ini menggunakan ayam yang juicy, keju leleh dan sos mornay yang lembut dan berkrim, memberi kontras rasa yang mewah dan selesa.

Dan kalau anda peminat ayam goreng (Budiey angkat tangan dulu!), Buttermilk oat-crumbed crispy fried chickenmemang ‘padu tak ingat dunia’. Dihidang dengan tiga jenis sos unik – gochujang pedas manis, habanero berapi dan chili lime masam segar – setiap gigitan adalah satu letupan perisa yang buat anda nak tambah lagi.

Untuk pencinta makanan fusion tempatan, Spageti Tomyam Udang adalah love letter kepada budaya Asia Tenggara – pedas, wangi, beraroma dan membuatkan tekak terjaga dari mimpi!

Buttermilk, Oat-crumbes, Crispy, Fried Chicken.

Minuman Kafe-Inspirasi Yang Instagrammable Tapi Tak Kosong Rasa

fennel & co. memang pandai bermain dengan aesthetics dan karakter rasa. Dari minuman klasik ke sesuatu yang eksperimental, semua minuman di sini dicipta dengan teliti. Bukan sekadar cantik di kamera, tapi juga ‘hit the spot’ bila diminum.

Bagi penggemar matcha, Matcha Latte klasik dan Matcha Blossom adalah dua minuman wajib cuba. Matcha Blossom pula unik kerana disajikan dengan lapisan krim strawberi pekat di atas – bukan sahaja manis berbuah, tapi juga memberi tekstur yang memikat.

Dan ini yang paling ‘wow’ – Dirty Matcha, gabungan berani antara espresso dan matcha. Ia bukan sahaja memuaskan craving kafein, malah sesuai untuk mereka yang ‘bold’ dan suka sesuatu yang luar kotak. Bagi Budiey, ini adalah minuman signatur yang sesuai untuk peminat kopi dan teh hijau sekaligus. Serius ‘game changer’.

Halal Bukan Sekadar Tanggungjawab, Tapi Identiti Yang Dibawa Dengan Bangga

Satu lagi aspek yang menjadikan fennel & co. sangat mesra komuniti Malaysia ialah komitmen mereka terhadap prinsip halal. Setiap bahan mentah dipilih dengan teliti – tiada kompromi dari segi kebersihan, proses penyediaan dan pemilihan pembekal.

“Kami bukan sekadar patuh kepada halal, tapi menghayatinya sebagai satu bentuk hormat kepada pelanggan kami.”

Dan yang menarik, semua ini dilakukan tanpa mengorbankan kreativiti dalam masakan. Ia menunjukkan bahawa halal boleh jadi hip, moden dan global, bukan hanya tentang pematuhan tetapi juga soal kepercayaan dan kasih sayang terhadap pelanggan.

assam pedas barramundi

Suasana Yang Buat Anda Rasa Diterima, Tak Kira Siapa Anda

Kalau anda datang seorang untuk work-from-cafe session, nak berjumpa kawan lama, atau pun nak bawa keluarga makan malam dalam suasana yang tenang dan elegan—fennel & co. akan buat anda rasa seperti anda belong. Dan ini bukan sekadar promosi kosong, Budiey sendiri rasa macam tak nak balik masa duduk kat situ.

Ruangnya luas, pencahayaannya natural, dan setiap sudutnya ada sentuhan dekorasi yang boleh jadi backdrop cantik untuk gambar Instagram anda. Tetapi yang paling penting, staf di sini sangat mesra dan genuine – bukan senyuman yang dibuat-buat, tetapi layanan yang ikhlas dari hati.

Lokasi Strategik Dan Mesra Akses Di Bukit Tunku

Alamat: i2, Stories of Taman Tunku, Jalan Langgak Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam setiap hari, jadi anda boleh datang bila-bila masa, sama ada untuk breakfast, brunch, late lunch, dinner atau sekadar lepak sambil minum petang.

Apa Kata Budiey?

Sebagai seorang pencinta makanan dan pengembara rasa, Budiey merasakan bahawa fennel & co. adalah satu penemuan yang penuh jiwa dan signifikan untuk gaya hidup urban moden. Ia tidak terlalu mewah hingga rasa eksklusif, tapi cukup classy untuk buat anda rasa istimewa. Konsepnya tentang keterbukaan, keselesaan dan komunitisangat relevan untuk generasi sekarang yang perlukan ruang untuk ‘berhenti sekejap’ dari dunia luar yang penuh tekanan.

Budiey yakin, fennel & co. bakal jadi “the next talk-of-the-town spot” bukan kerana ia viral semata-mata, tetapi kerana ia tulus, kreatif, berjiwa dan tahu apa yang pelanggan mahukan. Jadi, kalau anda sedang cari tempat yang boleh jadi ‘your second home’ di tengah kota KL—this is it.

Bukan semua restoran ada ‘aura’ seperti ini. fennel & co. memang dibina untuk rasa, dan diraikan dengan penuh makna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MOVE Tawan Thailand Dengan Slogan Baharu Travel More for Less