in

Berat Fazura Turun 3kg Selepas 10 Hari Guna FAZFIT

Pada jam 3 petang semalam selebriti jelita, Nur Fazura telah melancarkan produk pelangsungan FAZFIT menerusi syarikat miliknya Doll Domination Sdn Bhd. Produk ini diilhamkan dari Fazura sendiri. Patutlah Budiey lihat badan Fazura semakin langsing semasa beliau hadir sebagai juri di Maharaja Lawak Mega baru-baru ini. Dengarnya, berat badannya turun sebanyak 3kg dalam masa 10 hari selepas mengamalkam suplemen ini. Wah, kalau macam tu, Budiey pun nak cuba jugaklah.

Fazura

Mesti ramai nak tahu tips kurus dan langsing dari Fazura kan? Itulah, kalau ambil pil pun tapi tak bersenam takde gunanya jugak. Tambah personaliti yang muncul dengan pogram realiti TV berjudul Facing Up With Fazura ini, dia sendiri memang seorang obses dalam aspek menjaga penampilan diri dan cukup risau jika mengalami kenaikan berat badan.

“Saya seorang yang sentiasa perlu menjaga penampilan terutama di depan khalayak walaupun saya suka makan dan apabila berat badan naik, saya memang sangat risau.

“Sudah setahun saya fikirkan tentang bisnes ini dan selama ini, saya pernah mencuba pelbagai produk pelansingan badan tetapi saya mencari produk yang betul-betul berkesan dan tidak memudaratkan. Jadi, timbul idea mengeluarkan produk sendiri.

“Fazfit dalam bentuk kapsul mengandungi ramuan herba tradisional dan selamat. Saya telah mengamalkan produk ini sejak empat bulan dan hasilnya saya turun 3 kilogram dalam masa 10 hari tetapi saya juga pergi ke gimnasium.”

Suplemen pelangsing badan tersebut perlu diikuti dengan senaman. Baginya, mengharapkan ubat semata-mata untuk kurangkan berat badan adalah cara hidup yang tidak sihat. Formulasi FazFit ini turut memperoleh kelulusan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk tersebut menggabungkan pelbagai ramuan berkualiti yang telah digunakan secara tradisional dalam membantu mengurangkan berat badan serta mampu membuang angin dalam badan.

FazFit ditawarkan dengan harga RM119 (Semenanjung Malaysia), RM129 (Sabah dan Sarawak) dan $51 dolar (Singapura dan Brunei). Ia mengandungi 30 biji kapsul dan boleh didapati daripada stokis yang dilantik bermula 2 Februari depan.

Maklumat lanjut mengenai produk pelangsingan badan ini boleh menghubungi Encik Rozam Abdul Rahman di talian 019-2538057 atau melayari laman web www.dolldomination.com.my.

Budiey ucapkan tahniah Fazura di atas pelancaran produk pelangsingan ini.

Kat bawah ini, beberapa gambar sekitar pelancaran produk ini. Kredit photo dari Portal Mangga Online.

Fazura

Fazura

Fazura

Fazura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lenny Kravitz Bakal Perform di After Race Concert 2015 F1 Grand Prix

Rahsia Menumbai Madu di Riau Dalam DUNIA TERSEMBUNYI