in , ,

Tiada Masalah Jaga Anak, Fauziah Latiff Bercerai Dengan Johan Indot

Penyanyi lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Fauziah Latiff mengaku telah bercerai dengan suaminya, Johan Indot 3 bulan yang lalu.

Akibat perceraian, Fauziah Latif mengaku dia tiada masalah dalam menjaga anak-anak. Baru-baru ini telah tersebar di internet beberapa keping gambar anak Jee yang sedang bermain dengan anjing. Pengakuan itu melenyapkan spekulasi tentang keretakan rumah tangganya yang hebat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Anak Jee iaitu Jeffri Joaquim Indot, 8, dan Jeremy Jay Indot, 6, kini berada dalam jagaan bersama.

Kira adil lah kalau ada sistem giliran. Takde la berebut anak nanti. Ini merupakan perceraian kali kedua penyanyi itu. Jee bernikah dengan Johan di London pada 19 Jun 1997. Sebelum itu Jee pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992 dan bercerai tiga tahun kemudian.

Fauziah Latif
Brutal
Gambar Gee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Showcase Letto di Ruums Life Centre Kuala Lumpur

Jaclyn Victor & OAG Juara Ikon Malaysia Pertama