in ,

Fattah Amin Nasihat Bakat Baru Jaga Nama Jika Nak Bertahan Dalam Industri

Pelakon Fattah Amin mengingatkan kepada bakat baru diluar sana agar menjaga imej, nama dan sikap sekiranya mahu bertahan lama serta mudah mendapat peluang kerja daripada produksi.

Fattah Amin berkata sebagai bakat baru perlu menjaga ‘ekstra lebih’ supaya tidak memberi ruang untuk orang lain mempertakatakan yang tidak bagu tentang diri kita.

Menurut Fattah lagi, jika dari awal lagi tidak dijaga, pasti akan menjadi buah mulut dan agar sukar untuk bertahan lama dalam industri seni.

“Kalau sejak mula dah tak pandai jaga imej, nama dan sikap, orang akan bercakap pada kalangan pekerja produksi, peminat dan media. Jadi, kita juga yang rugi sebab mestilah nak bertahan lama dalam karier seni.

“Saya pun dulu pernah dikenali sebagai bakat baharu. Habis belajar di universiti, masuk Hero Remaja dan ada rezeki jadi pelakon. Tapi, saya jadi pelakon masa itu bukan nak popular, hanya untuk kerja cari rezeki bantu keluarga,”

– Fattah Amin
Fattah Amin

Dalam pada itu, Fattah berkata ada pelakon yang dianugerahkan dengan bakat semula jadi  dan ada yang belajar dari pengalaman, namun baginya ilmu dan bakat harus seiring.

“Macam Bront Palarae dan Beto Kusyairy, mereka pada saya pelakon yang ‘gifted’ (berbakat). Tapi, saya pula bukan macam itu dan kena belajar daripada pengalaman. Apapun, jangan cepat mengalah kalau dikritik.

“Mendapat kritikan orang itu perkara biasa, tapi jangan cepat rasa putus asa. Teruskan belajar dan buat persediaan untuk diri sendiri. Kalau ada persediaan sebelum jadi artis, orang akan lagi hormat kita,”

“Cuma, saya ingatkan kena pandai jaga imej, nama dan sikap agar sentiasa merendah diri dengan semua orang dan tidak sombong. Ia penting sebab industri kita ini kecil,”

– Fattah Amin

Sementara itu, Fattah berkata ramai pelakon baru yang berbakat dan ada potensi masing-masing untuk terus memajukan diri namun perlu pandai menjaga imej dan sentiasa merendah diri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TIA JINBARA

Bekas Vokalis Jinbara, Tia Meninggal Dunia Kerana Sakit Kanser Hati

MYSTIC VILLAGE DRAMA BERSIRI

Sinopsis Drama Bersiri MYSTIC VILLAGE Lakonan Kamal Adli & Yuna Rahim