in

Fattah Amin & Fazura di RAYA BERGAYA DI PRIMAVALET

Pusat pengeluar fesyen pakaian readymade, PRIMA VALET (PV) kini melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan pertama di Bangi, Selangor. Jika sebelum ini, PRIMA VALET telah menganjurkan majlis pertunjukkan fesyen STAR LEBARAN LEBARAN 2017 menampilkan koleksi pakaian readymade daripada semua jenama yang berada di bawah bumbung PRIMA VALET.

RAYA BERGAYA DI PRIMAVALET

Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan. Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap pengayaan disamping menitik beratkan soal kualiti dan tawaran harga yang dipasarkan. Melihatkan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ramai pengemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. Sedar mengenai hal ini, PV telah diwujudkan berperanan sebagai “one stop centre” menghimpunkan pelbagai jenama daripada pereka-pereka baru.

RAYA BERGAYA DI PRIMAVALET

Prima Valet Membuka Ruang Niaga Untuk Semua Golongan

PRIMA VALET sebuah nama yang bakal mewarnai dunia fesyen bertindak sebagai sebuah hub pengedar koleksi pakaian siap yang dihasilkan oleh pereka-pereka muda tempatan. Jika sebelum ini, pereka-pereka muda menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran, kini PRIMA VALET mengambil inisiatif memasarkan kesemua produk pakaian di bawah satu bumbung. Penubuhan dan pembukaan PRIMA VALET ini adalah salah satu cara untuk membolehkan para pembeli melihat dan merasai sendiri secara lebih dekat koleksi rekaan-rekaan yang jika sebelum ini hanya boleh dilihat menerusi alam maya sahaja.

Menghimpunkan pemilik jenama pakaian yang semakin kukuh di negara ini, jelas menunjukkan rekaan anak tempatan kini semakin mendapat sambutan hangat daripada pengemar fesyen tanah air terutamanya bagi golongan anak muda dan belia. Majlis ini juga memperkenalkan koleksi pakaian raya daripada jenama-jenama pakaian yang tidak asing antaranya Elrah Exclusive, Nur Amirah, far8byalteliaamani X Elrah Exclusive by Fattah Amin, Meylana, Sasqia by Shasya Habib, Asyalliee by Shasya Habib, Amy Search by Elrah Exclusive, Nur Aishah X Elrah Exclusive.

Turut mempamerkan koleksi jenama lain yang turut sama dipasarkan dibawah PRIMA VALET ini seperti Shaheizy Sam X Elrah Exclusive, Puteri Zarith by Altelia Amani, Michael Ang X Elrah Exclusive, Youme&Hunny X Elrah Exclusive, Zukie by Elrah Exclusive, Altelia Amani X Elrah Exclusive.

Setiap pemilik jenama tersebut mengeluarkan produk tersendiri dengan memenuhi kehendak dan citarasa para pemakai. Melihatkan tahun tahun ini adalah fasa yang penuh mencabar, PRIMA VALET memainkan peranan dengan mengetengahkan konsep mampu milik dan bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa dimana semua peringkat golongan boleh memiliki antara koleksi yang dipasarkan dibawah PRIMA VALET ini.

Kesemua koleksi produk yang dihimpunkan di bawah naungan PRIMA VALET ini mementingkan 3 elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini adalah bersesuaian dengan golongan sasaran PRIMA VALET iaitu untuk semua peringkat golongan umur samada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada PRIMA VALET pasti ianya menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti teserlah.

Menurut Pengarah Urusan PRIMA VALET; Encik Hilmi Bin Che Azman (EL Azman), beliau mensasarkan untuk tahun pertama PRIMA VALET dapat berkembang dengan meluas serta lebih banyak butik akan dibuka dibawah empayar PRIMA VALET. Sebagai permulaan PRIMA VALET bakal membuka empat buah kedai bagi menjalankan operasi perniagaan dan mengangkat fesyen RTW untuk Koleksi Hari Raya sebagai medium utama. Kesemua koleksi yang dipasarkan adalah bersesuaian untuk semua golongan dari kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa. Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu moden, jubah klasik dan moden, hiphop serta fesyen muslimah terkini yang menggunakan warna-warna cerah dan sesuai.

Tambah lagi Dr Arshad Beg yang juga merupakan Pengarah Urusan PRIMA VALET ini, beliau ingin menjadikan PRIMA VALET sebagai pusat pemakaian siap (RTW) yang terbesar di Malaysia.Dalam ertikata lain PRIMA VALET adalah sebuah pusat fesyen yang mampu memberi kepuasan untuk seisi keluarga untuk mendapatkan pakaian siap bagi keperluan untuk semua peringkat umur. Dalam masa terdekat juga PRIMA VALET akan mensasarkan juga fesyen terkini seperti jaket, cardigan dan baju korporat bersesuaian dengan peredaran masa.

RAYA BERGAYA DI PRIMAVALET

PELUANG PERNIAGAAN
Di hari pembukaan ini, PRIMA VALET turut menganjurkan mini fashion show bagi menampilkan koleksi pakaian raya readymade yang dijual di bawah PRIMA VALET. Lanjutan daripada perkenalan PRIMA VALET kepada umum, kini PRIMA VALET telah mendapat perhatian yang meluas dan permintaan yang tinggi daripada para pelanggan. Melihatkan pertumbuhan sihat ini, PRIMA VALET mengambil inisiatif untuk mengembangkan jualan disamping membantu golongan masyarakat untuk menambahkan pendapatan.

Jelas Pengarah Urusan PRIMA VALET; Encik Hilmi Bin Che Azman (EL Azman), di PRIMA VALET bukan hanya mengejar keuntungan semata-mata malah di PV juga kami mencuba mencari inisiatif untuk membantu mereka mendapatkan pendapatan sampingan. Oleh itu, PRIMA VALET membuka ruang ataupun segmen perniagaan yang baharu dengan mewujudkan Agen, PRIMA VALET Stockist & PRIMA VALET Personal Shopper. Ini semua merupakan agen yang dilantik secara rasmi oleh PRIMA VALET untuk memasarkan produk pakaian PRIMA VALET.

Ketika ini PRIMA VALET telah mempunyai Personal Shopper (PS) yang membuat khidmat doorship dimana jualan produk PRIMA VALET dijual atas talian (online) menerusi laman media sosial.

Penglibatan PS ini telah menjadikan produk PV kian diminati dan digilai oleh mereka yang gemar kepada fesyen serta mempunyai kumpulan sasaran yang luas. Dalam majlis ini juga PRIMA VALET membuka pendaftaran secara PERCUMA kepada mereka yang ingin menjadi PRIMA VALET, khimat pendaftaran percuma dilangsungkan selama seminggu bermula pada tarikh hari pembukaan ini (25 Mei 2017).

RAYA BERGAYA DI PRIMAVALET

FAEDAH & KELEBIHAN
Sejajar dengan kecanggihan teknologi, ianya memudahkan bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menyinggah ke PRIMA VALET boleh juga membeli menerusi atas talian (online). PRIMA VALET mewujudkan ruangan niaga dengan memperkenalkan Personal Shopper (PS) untuk membantu pelanggan merealisasikan impian mereka khususnya memiliki produk pakaian daripada PRIMA VALET yang diinginkan.

Personal Shopper untuk PRIMA VALET akan memainkan peranan dalam memberi khidmat nasihat kepada pelanggan tentang sesuatu jenama daripada segi kualiti dan pengayaan. Selain menjadi wakil untuk melakukan tugas membeli-belah, mereka yang berkecimpung dalam kerjaya ini memerlukan kemahiran khusus dari segi interaksi dan komunikasi bersama pelanggan.

Di Malaysia, boleh dikatakan hampir 80 peratus mereka yang berkecimpung dalam kerjaya ini merupakan golongan wanita yang juga seorang ibu, pelajar atau bekerjaya. Oleh kerana kerjaya sebagai personal shopper agak fleksibel dari sudut jadual kerjanya, ia boleh dilakukan secara sepenuh masa atau sambilan. Lanjutan daripada ini PRIMA VALET mengambil peluang ini untuk meramaikan lagi golongan mudan terutamanya terlibat dalam aktiviti perniagaan.

Kelebihan menjadi Personal Shopper untuk PRIMA VALET ini ialah mereka akan menikmati potongan harga hebat untuk setiap jenama pakaian yang dijual dibawah PRIMA VALET. Manakala untuk PS yang mencapai sasaran jualan yang diinginkan akan mendapat lebih banyak potongan daripada biasa. Di PRIMA VALET juga tiada bayaran khidmat dikenakan untuk Personal Shopper dan pelanggan hanya perlu membayar khidmat penghantaran barangan sahaja. Di pihak PRIMA VALET juga akan mempromiskan khidmat ini lebih meluas menerusi media massa.

JUALAN HEBAT PEMBUKAAN PRIMA VALET
Jualan hebat sempena pembukaan PV, ianya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu menaikkan jualan untuk kesemua jenama tersebut. Jualan hebat juga dianjurkan adalah bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan pada malam ini. Selain daripada itu ianya juga ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal.

RAYA BERGAYA DI PRIMAVALET

RAYA BERGAYA DI PRIMAVALET

RAYA BERGAYA DI PRIMAVALET

RAYA BERGAYA DI PRIMAVALET

RAYA BERGAYA DI PRIMAVALET

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawi Hos Travelog Islamik Musafir

Ada Sebab The Alif Lancarkan Single Baru Berjudul RAMADHAN