in ,

Fathia Latiff Anggap Wany Hasrita Tak Layak Menang di ABP

Menurut laporan dari Portal Mstar, selebriti Fathia Latiff tetap bertegas dia berhak untuk menyuarakan pandanganya mengenai kemenangan penyanyi Wany Hasrita merangkul Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH31) pada Ahad lalu. 

Biarpun Fathia, 31, tidak mempunyai masalah dengan Wany namun baginya, penyanyi lagu Menahan Rindu itu masih belum layak untuk memenangi anugerah tersebut.

Wany

Kata Fathia, ramai lagi selebriti yang sudah lama berada dalam industri dan mereka lebih popular berbanding Wany.

“Saya berhak untuk bersuara dan berhak untuk memberi pandangan mengenai kemenangan Wany sebagai Bintang Paling Popular.

“Sejujurnya, saya tidak ada masalah atau bergaduh dengan dia pun. Cuma, dia belum lagi layak untuk menang dan saya tidak berpuas hati dengan sistem keputusan pada malam itu.

“Sebab masih ramai lagi selebriti yang dah lama dalam industri ini lebih terkenal daripada dia,” – Fathia

Fathia diminta mengulas kenyataannya yang mempertikaikan kemenangan Wany pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang berlangsung pada Ahad lalu.

Menurut Fathia, dia memadam kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya itu kerana menghormati peminat Wany dan tidak mahu laman sosialnya itu kurang menarik dengan posting berkenaan.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose ini tetap dengan pendiriannya yang menganggap Wany tidak sepatutnya membawa pulang trofi anugerah utama berkenaan.

Sistem pengundian pemenang dalam pertandingan berkenaan dilakukan menerusi dalam talian.

“Saya padam kenyataan di laman sosial itu kerana berfikiran saya perlu menghormati peminat-peminat Wany.

“Selain itu, saya tak nak foto di Instagram saya kurang cantik dengan adanya posting tersebut.

“Tapi walaupun saya dah padam, saya tetap dengan pendirian yang Wany memang tidak layak untuk memenangi anugerah tersebut,”

Menerusi sebuah portal hiburan, Wany turut mempertikaikan tindakan Fathia memadam status tersebut dan beranggapan pelakon itu tidak tetap dengan pendiriannya.

Bagaimanapun, Wany tetap menghormati setiap kritikan dilemparkan baik dalam kalangan artis atau netizen.

Pada malam kemuncak ABPBH31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu, Wany turut membawa pulang trofi kategori Penyanyi Wanita Popular.

Sumber: Mstar Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aishah Enggan Minta Maaf Kepada DSV

Natasha Hudson Bercerai dengan Carleed Khaza