in

Fastraxx Bersiaran Secara Langsung Dari Sutera Harbour

FASTRAXX BERSIARAN SECARA LANGSUNG DARI SUTERA HARBOUR

Sempena Larian Amal 7K Sutera Harbour 2009, seluruh masyarakat Malaysia dijemput memeriahkan program ini sambil  berhibur bersama penyampai Radio Malaysia TRAXXfm, DJ Roundhead dan DJ Double D yang berlangsung pada 17 dan 18 Julai 2009, di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah, jam 4.00 petang hingga 8.00 malam.

Disamping berhibur bersama Double D dan Roundhead, saksikan secara langsung bual bicara yang pasti menarik antara mereka bersama Encik Jude Huang – Penolong Pengurus Besar Marina, Golf & Country Club Sutera Harbour, Encik Simon Koh – Presiden Paralimpik Sabah, Encik Rahim Kahar – Presiden Persatuan Thalassaemia Sabah dan juga tidak ketinggalan artis popular kelahiran Sabah, Adam dan Lotter.

Double D dan Roundhead turut menjanjikan hadiah-hadiah menarik untuk anda menangi sepanjang acara ini. Disamping itu, mereka juga akan menjadi hos menemani anda sepanjang Larian Amal 7K Sutera Harbour  2009 ini.

Nantikan persembahan istimewa daripada artis-artis tempatan seperti, Rey (Bintang RTM) dan Adam & The Shuffle Boys bagi menghangatkan lagi suasana konsert yang akan diadakan selepas larian tersebut.

Jangan lupa, janji temu anda bersama Double D dan Roundhead pada 17 & 18 Julai 2009 di Sutera Harbour Marina, Golf & Country Club, Kota Kinabalu, Sabah. Justeru untuk keterangan lanjut, hubungi penerbit program Marea / Otto / Madonna di talian 03-22887285 / 7663 / 7284.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Terapi Kesihatan Tubuh AsterSpring

Sam Bunkface Jalani Pembedahan Tekak