in

Sekitar Fashion Show Azhar Zainal Untuk Wanita Plus Size

Mungkin bagi sesetengah pembaca, nama Azhar Zainal jarang kita dengari, walaupun terlibat dalam mereka beberapa busana artis popular sebelum ini.

Sekitar Fashion Show Azhar Zainal Untuk Wanita Plus Size

Sebenarnya, beliau sebelum ini telah memenangi anugerah Emerging Desiger Awards di Borneo Fashion Week 2017, Azhar Zainal optimis ingin menjadi fashion house yang sentiasa mengeluarkan sesuatu yang fresh dan up-to-date baik untuk wanita mahupun lelaki.

Sekitar Fashion Show Azhar Zainal Untuk Wanita Plus Size

Terbaru, pada minggu lalu, Azhar Zainal telah melancarkan Azhar Zainal Design, koleksi pakaian yang eksklusif bagi meraikan golongan wanita plus size dan kepelbagaian yang ada di Malaysia.

Untuk info, pelancaran yang diadakan bersempena dengan Borneo Fashion Week 2018 yang diadakan di LOKA Malayisa, Nu Sentral telah dihadiri oleh beberapa orang selebriti dan ramai lagi pengkritik fesyen dan para media.

Sebanyak 11 pakaian ditontonkan kepada para jemputan dan media. Dalam masa yang sama, Azhar Zainal menekankan koleksi ini diilhamkan daripada permintaan pelanggannya.

Sekitar Fashion Show Azhar Zainal Untuk Wanita Plus Size

Fashion for all yang membawa maksud fesyen untuk semua, satu statement yang jelas membuktikan bahawa tiada limitasi saiz tubuh dalam berfesyen dan tidak seharusnya wujud diskriminasi terhadap golongan plus size.

Namun faktor kebimbangan tidak mendapat sambutan atau keuntungan, membuatkan ramai pereka fesyen tempatan lebih selesa menumpukan rekaan khusus untuk mereka yang bertubuh sederhana.

Pereka tempatan jangan takut untuk menghasilkan busana untuk golongan bertubuh besar atau ‘plus size’ kerana bimbang rugi, kata Azhar Zainal.

Pengarah dan pereka fesyen itu berkata, sepatutnya golongan ‘plus size’ tidak hanya dianggap golongan minoriti lagi di dalam negara, sebaliknya perlu diberi layanan yang sama khususnya dalam berfesyen.

“Kebanyakan pereka takut baju mereka tidak terjual sebab tu banyak reka baju kecil-kecil sahaja.

“Tapi macam mana kita nak jadikan golongan ‘plus size’ seronok berbelanja baju dalam negara sebab tu saya nak buat baju untuk size besar,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis pelancaran jenama Azhar Zainal.

Seperti dirinya, Azhar mengajak pereka-pereka tanah air untuk ‘bermain’ saiz busana yang pelbagai dalam menghasilkan busana mereka.

DSC02828

Ujarnya saiz yang besar tidak seharusnya dijadikan halangan untuk seseorang memperagakan busana yang indah.

Menurut Azhar lagi, lelaki mahupun wanita bertubuh plus size juga layak menyarungkan busana indah termasuk menggayakan aneka jenis fesyen bermula gaun malam, kasual, wedding dan sebagainya.

“Pereka perlu meneroka pelabagai saiz, satu perkara yang baik untuk saling menjelajah rekaan dengan semua saiz,” ujarnya yang bakal menyertai Borneo Fashion Week pada 7 hingga 9 September nanti.

Koleksi-koleksi ini boleh didapatkan secara online dan tak lama lagi akan berada di LOKA Malaysia sendiri.

Jadi, korang yang rasa nak usha dan tengok, boleh la datang ke LOKA Malaysia. Mana tahu ada baju yang berkenan di hati. Inilah masanya korang boleh melaram tanpa rasa segan. Alasan tiada baju yang menarik bukan lagi alasan untuk bergaya.

Sekitar Fashion Show Azhar Zainal Untuk Wanita Plus Size

Sekitar Fashion Show Azhar Zainal Untuk Wanita Plus Size

Sekitar Fashion Show Azhar Zainal Untuk Wanita Plus Size

Sekitar Fashion Show Azhar Zainal Untuk Wanita Plus Size

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert iKON & WINNER di Malaysia

K-WAVE 3 Music Festival Gegar Stadium Malawati Shah Alam