in ,

Farid Kamil Sambut Aidilfitri Dengan Muhammad di Alor Setar, Kedah

Farid Kamil menyambut Aidilfitri bersama anaknya, Muhammad serta keluarga di kampung halaman di Alor Setar, Kedah.

Farid berkongsi gambar dia mengerjakan solat berjemaah bersama keluarga termasuk adiknya, Fadzil Zahari. Turut kelihatan Muhammad dan anak Fadzil iaitu Mateen. 

Menerusi Instagram Story pula, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu memuat naik video Muhammad melaungkan azan di kediaman keluarganya.

FARID KAMIL

Sebelum itu, mereka turut kelihatan meluangkan masa bersama di sebuah tempat peranginan. 

Farid ketika ini berdepan kemelut rumah tangga dengan isterinya juga pelakon Diana Danielle, 32, selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan. 

FARID KAMIL

Farid juga tidak dibenarkan berjumpa anak-anak dalam satu tempoh yang agak lama.

Pasangan terbabit dinasihatkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk berdamai sewaktu sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.

FARID KAMIL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAQIEM RUSLI ANIS SOFEA

Muat Naik Gambar Pakai Selendang, Isteri Haqiem Rusli Buka Tudung?

ALYA IMAN

Alya Iman Buat Kejutan, Posting Gambar Sudah Tidak Lagi Bertudung