in ,

Farid Kamil Kenakan Syarat Untuk Ibu Mertua

Semasa hadir di Majlis Sidang Media drama Jodoh Itu Milik Kita semalam, Farid Kamil telah mengulas tentang hubungannya dengan ibu mertuanya yang dikatakan renggang dan tidak berbaik kerana perkahwinannya tidak mendapat restu.

[dropcap]F[/dropcap]arid Kamil mengeluarkan kenyataan kepada ibu mertuanya, di mana Farid Kamil telah meletakkan syarat tertentu sekira ibu mertuanya mahu bertemu dengan cucunya. Menurut Farid Kamil, beberapa perkara perlu diselesaikan antara dia dan ibu mertuanya sebelum membenarkan wanita itu bertemu dengan cucu dan anaknya, Diana Danielle.

“Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu. Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

“Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati.”

Tambahnya lagi, Diana turut berasa kecewa dengan sikap ibunya yang tidak merestui perkahwinan tersebut.

“Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin.”

Sebelum ini Farid pernah menyatakan perasaan marah dan kecewa terhadap ibu mertuanya melalui laman sosial twitter peribadinya.

Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo, Ampang.

Gambar Anak Farid Kamil & Diana Danielle.

Anak Farid Kamil

 

Gambar Perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil

Diana Danielle Farid Kamil Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem Percy Jackson: Sea of Monsters

Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa KRU Music