in , ,

Farid Kamil & Diana Danielle Sudah Ada Anak?

Sedang kecoh di internet dan media sosial sekarang ini ialah berita yang menjadi perbualan hangat tentang Farid Kamil dan Diana Danielle yang dikatakan sudah menerima kedatangan orang baru iaitu anak sulung mereka.

Wah, cepatnya Budiey rasa, macam semalam je diorang kahwin, kan? Tup tup dah dapat anak, untunglah mereka. Subur. Cepat dapat anak. Bunting pelamin ya? Tahniah Budiey ucapkan!

Ini berikutan setelah gambar yang diupload sendiri oleh Farid Kamil yang menunjukkan beliau sedang mendukung seorang bayi yang sangat comel dikatakan milik pasangan ini. Mengukuhkan lagi bukti tentang berita ini ialah apabila Farid Kamil sendiri menulis:

“Welcome to my world, my boy.”

– Farid Kamil

Walaupun ada yang kata, baby lelaki ini adalah anak saudara kepada Farid Kamil. Tapi Budiey rasa itu bukannya anak sedara Farid, ini memang anak sebenar pasangan bahagia ini. Jika benar gossip ini, Budiey nak ucapkan tahniah buat Farid Kamil dan Diana Danielle. Congrats!

farid-kamil anak diana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Umum Struktur Organisasi Berdasarkan Bidang Perniagaan Teras

Present Your Father With The Gift Of Savvy This Father’s Day