in

Farhan Sudah Ada Kekasih

Lelaki Melayu pilihan Farhan

KALA asyik berbicara perancangan rapinya terhadap karier, Farhan juga ditanya mengenai kisah percintaannya dengan seorang pemuda seusia. Tanpa berselindung, anak jati ibu kota ini mengakui hatinya sudah lama dimiliki. Terpancar rona bahagia ‘orang bercinta’ pada riak wajahnya. Bahkan, tatkala cerita peribadi itu dibongkar Farhan tidak terkejut atau kekok mengatur jawapan.

Setiap patah katanya lancar dan nyata di saat ini dia sudah sedia membuat pengakuan. Dengan melirik senyum dan disulami tawa, Farhan mengakui sudah lima tahun dia menyulam cinta dengan jejaka pilihan hatinya itu. Ujarnya, nama kekasihnya ialah Ahmad Rashadan Suhaimi, 27, yang kini belajar serta bekerja di United Kingdom (UK).

“Pilihan saya masih lelaki Melayu. Malah, saya tidak pernah berniat mahu menyorok kekasih selama ini. Hanya, sebelum ini saya tidak bersedia untuk mengumumkannya kerana hubungan kami masih baru dan dalam proses mengenali. Selepas lima tahun, sekarang masa yang tepat. Kami juga mula merancang untuk masa depan. Cuma, soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Saya serahkan semuanya kepada takdir. Harapan saya, hubungan ini berjalan lancar dan berakhir di jenjang perkahwinan,” katanya mahu fokus pada karier.

Menurut Farhan, dia dan kekasihnya juga tidak merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat ini kerana masing-masing mahu memberi tumpuan kepada karier.

Katanya, 2011 diharap pembuka tirai pada perkembangan karier lebih baik.

“Apapun, dengan pengakuan saya sekarang diharapkan tiada fitnah selepas ini. Masyarakat tahu hati saya sudah dimiliki dan jika saya berkahwin awal pun, tiada andaian buruk orang untuk mempersoalkan. Biasalah, ini lumrah hidup artis,” katanya.

Ujar Farhan lagi, dulu dia lebih suka menyimpan kisah peribadinya kerana mahu kisah karier diutamakan. Namun, setiap kali ada yang bertanya, katanya dia tidak mengelak dan mengaku cuma tidak mahu kisah itu didahulukan daripada karier.

“Jika ada artis selesa berkongsi kisah peribadi, saya sebaliknya. Ini pun, pengakuan dibuat sekarang kerana saya benar-benar sudah bersedia dan Ahmad Rashadan pun bersetuju untuk mengumumkannya Saya sangat gembira dan bahagia. Istimewanya kekasih saya, kerana dia memahami karier seni diceburi ini dan menerima diri saya seadanya. Dia juga banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk terus berusaha sehingga meraih kejayaan yang diinginkan,” katanya.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Shaheizy Sam Persis Samurai di Masquerade Party Media Hiburan

Ucapan Selamat Tahun Baru 2011