in ,

Farahdhiya Dah Bertudung Kahwin Dengan Remy Ishak?

Budiey dah banyak kali tonton drama TV yang menampilkan Farahdhiya bertudung. Tapi boleh bilang dengan jari rasanya. Namun, ramai peminat kat luar sana mendoakan terbaik untuk pelakon jelita ni. Budiey pun rasa macam tu gak, alangkah baik juga kalau Farahdhiya benar-benar bertudung. Sejuk jugak mata memandang.

Namun, tak mustahil, suatu hari nanti di masa depan, pelakon berkulit gebu ni akan bertudung litup, mana kita tahu kan? Itu semua hidayat dan kudrat dari Allah. Kita pun tak pasti, cuma kita doakan sahaja.

Cakap pasal Farahdhiya bertudung ni, Budiey terdengar khabar angin yang mengatakan Farahdhiya dah terbuka hati nak pakai tudung betul-betul. Samada betul atau tidak, kenalah tengok buktinya dulu. Maklumlah, sekarang kan, orang main cakap je bila tengok benda tu di depan mata. Entah-entah, korang jumpa Farahdhiya kat set lokasi pengambaran drama tak? Mmm, boleh jadi jugak ni.

IMG_5152

Dua hari lepas, Budiey menerima beberapa keping gambar dari pembaca setia. Terima kasih sebab sudi berkongsi cerita dan gambar. Cun-cun semua gambar yang korang hantar tu.

Tengok pada gambar, memang terkejut gak la. Ni biar betul ni, Farahdhiya bukan sahaja bertudung malah dah kahwin dengan Remy Ishak secara senyap-senyap. Ni sah-sah adegan dalam drama ni. Kalau betul scene dari drama, nak tahu gak drama apa, sebab Budiey nak tengok drama ni. Kalau korang ada yang tahu tajuknya, kasi tahu Budiey ya. Excited nak tengok.

Ni nak kena risik-risik kawan-kawan yang kerja kat produksi la ni. Tak mungkin Farahdhiya dan Remy Ishak ni kawin betul-betul sebab tak dengar pun diorang kawin. Yang dengar Remy Ishak bercinta dengan Tiz Zaqyah tu adalah. Kalau diorang ni kawin dah lama kecoh dah.

Apa-apa pun, korang layan gambar kat bawah ni dulu ya.

IMG_5496

IMG_5519

IMG_5547

IMG_5558

IMG_6752

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Resepsi Dira Abu Zahar & Suami

Quote of The Day: It’s All Bullshit – Zarina An Jolie