in ,

Farahdhiya Bertudung Dalam Drama Payung Emas

Beberapa hari lalu, jika korang masih ingat, Budiey telah menulis tentang khabar angin yang mengatakan pelakon berkulit gebu, Farahdhiya telah bertudung. Namun, setelah diselidiki, rupa-rupanya khabar angin itu tidak benar kerana Budiey dapati gambar yang dihantar itu adalah dari beberapa scene pengambaran drama terbaru lakonan beliau iaitu Drama Payung Emas.

Trailer Drama Payung Emas 1

Trailer Drama Payung Emas 2

Berikut ini sedikit sinopsis drama Payung Emas.

Poster Drama Payung Emas

Telefilem - Payung Emas 19 Nov

SINOPSIS DRAMA PAYUNG EMAS

Telefilem ini mengisahkan Ain yang melalui zaman perkahwinan seperti yang diwasiatkan oleh kakak kembarnya Aisyah. Aisyah meminta Ain berkahwin dengan suaminya, Hidayat sebelum meninggal dunia.

Perkahwinan yang bahagia pada awalnya, mengundang peristiwa duka apabila Ain disahkan tidak boleh hamil akibat penyakit dihidapinya. Tekanan menghimpit Ain apabila Ibu mertuanya meminta Ain membenarkan Hidayat untuk berkahwin lagi.

Meskipun terluka, Ain sendiri meminang Khatijah buat Hidayat. Namun kebahagiaan yang diharap tidak berpanjangan setelah Hidayat kemalangan dan Khatijah pula mengalami tumpah darah. Keadaan semakin tegang apabila Sarah, sepupunya menghasut Ain untuk meninggalkan Hidayat.

Dapatkah Ain melalui perkahwinan yang bahagia dan diredhai seperti diimpikan?

Antara babak-babak menarik dalam Payung Emas. Jangan lupa tonton di 19 November 2011 (Saturday) jam 10 malam di TV3.

Payung Emas

IMG_5496

IMG_5519

IMG_5547

Payung Emas

IMG_5558

Payung Emas

IMG_6752

Payung Emas

Payung Emas

Payung Emas

Payung Emas

Payung Emas

Payung Emas

Payung Emas

Payung Emas

Payung Emas

Payung Emas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Bujang Terlajak

Kembara Traveloque AirAsia X Bersama Selebriti Ternama