in , ,

Fara Hezel Ajak Zamani Berduet Jadi Tanda Tanya

Semasa bertemu Zamani selepas konsert akhir GV5, Budiey ada bertanyakan tentang single duet bersama Fara Hezel. Menurut Zamani, beliau tidak diberitahu tentang perkara ini.

Penyanyi Fara Hezel mencuri perhatian ramai apabila menyuarakan hasratnya untuk menghasilkan single duet bersama penyanyi penyanyi idola ramai, Zamani.

Menerusi laporan sebuah portal hiburan baru-baru, kata Fara, pihaknya telah bertemu dengan syarikat pengurusan pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim kelima itu untuk tujuan tersebut.

Zamani Tidak Tahu Menahu

Semasa bertemu Zamani selepas konsert akhir GV5, Budiey ada bertanyakan tentang single duet bersama Fara Hezel. Menurut Zamani, beliau tidak diberitahu tentang perkara ini. Zamani mengetahui hal ini melalui berita yang disiarkan di media dan portal.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di lnsta Story miliknya semalam, Fara menjelaskan projek duet tersebut hanyalah perancangan sahaja,

“Untuk berduet dengan lagenda kita, abang @zamanislam_official hanya perancangan sahaja. Kalau ada rezeki Fara untuk berduet dengan beliau, insya-ALLAH. Sebab Fara memang idolakan legenda kita ni sejak dari dulu lagi.

“Memang kita sedia tahu lagu beliau semuanya memukaukan kita. Jadi korang janganlah cepat melatah OK. Relaks. Perancangan sahaja.”

“Insya-Allah saya bakal tampil dengan single duet bersama Zamani selepas single ketiga saya berjudul SUKARNYA UNTUKKU dilancarkan.

“Buat masa ini, lirik sudah ada cuma tengah mencari lagu yang sesuai untuk single duet kami.”

Fara Hazel

Fara Hazel

Pihak Zamani Belum Beri Kata Putus

Tambah penyanyi lagu Pasrah ini lagi, hasrat tersebut hanya akan menjadi kenyataan sekiranya ada persetujuan daripada pihak pengurusan Zamani.

Justeru Fara yang juga kakak kepada penyanyi Aiman Tino berharap agar netizen tidak membuat sebarang andaian atau kenyataan sendiri berhubungan perkara tersebut.

“Kalau pihak beliau izinkan Fara untuk berduet, kenapa tidak kan. Siapa tak nak berduet dengan idola kan.

“Jadi korang tunggu saja dan tolong jangan buat andaian atau apa-apa kenyataan sendiri OK. Tunggu saja nanti Fara kemas kini OK, sayang semua.”

Menurut Fara, meskipun teruja namun dia mengakui takut terhadap tanggapan segelintir khalayak mengenai dirinya.

“Saya bimbang jika ada pihak anggap saya nak tumpang populariti Zamani yang sememangnya dikenali sebagai legenda negara.

“Pun begitu, saya terima peluang keemasan ini sebagai rezeki kerana selalunya artis baru sering berduet dengan penyanyi seangkatan mereka tapi saya mahu mencipta kelainan.”

Apa pun nantikan sahaja untuk single pertama Zamani selepas keluar dari GEGAR VAGANZA. Pastinya akan ada sebuah lagu baru untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Zamani.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Forteen Terkejut Izzue Tak Bincang Keluar Grup

Pelakon POLIS EVO Lancar GSC Helpline