in ,

Fara Fauzana Enggan Jelas Rahsia Batal Nikah

Kekal menjadi rahsia, sehingga ke hari ini, tiada jawapan mahupun alasan kukuh yang diberikan pengacara Fara Fauzana, 36, berhubung pembatalan majlis pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini.

Biarpun diasak oleh pihak media untuk mendapatkan penjelasan tentang pembatalan majlis itu, Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd. Fadzi berterusan enggan membuka mulut menjelaskan kontroversi itu.
Malah ketika ditemui pihak media dalam satu program hari ini, Fara tetap tidak beranjak daripada pendirian untuk berdiam diri dan mengulangi kenya­taan yang sama walaupun soalan demi soalan ditanya.

“Saya sudah jelaskan semua. Segalanya sudah dijawab menerusi kenyataan media. Ini adalah ketentuan Allah. Terima kasih kerana beri sokongan,” katanya berulang kali kepada pihak media selepas acara Sekolah Radio, anjuran stesen IM4U, dekat sini hari ini.

Fara sebelum ini mengumumkan pembatalan majlis pernikahannya dengan Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30 yang sepatutnya berlangsung 17 September ini atas alasan terlalu periba­di.

Lantaran itu, pelbagai spekulasi timbul dan mengaitkan status Mohamed Hafiz yang didakwa sebagai suami orang menjadi punca pembatalan majlis tersebut. Bagaimanapun, Mohamed Hafiz telah menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan alasan pembatalan majlis tersebut hanya Fara yang tahu.

Mengulas lanjut, Fara menjelaskan, beliau tidak dapat mengawal sebarang cerita yang berlegar di laman-laman sosial yang me­ngaitkan pembatalan majlis ter­sebut dengan pelbagai spekulasi.

“Bagi diri saya, saya dah cakap semua dalam kenyataan media tersebut. Itu terpulang kepada orang lain. Saya tidak boleh ka­wal sebarang spekulasi. Itu di luar kawalan saya. Tidak akan ada sebarang sidang media lagi. Cukup dengan kenyataan yang saya beri.

“Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan doakan yang terbaik bukan untuk saya sahaja, tetapi untuk semua,” katanya dengan nada sebak yang cuba ditahan-tahan.

Dalam pada itu, ketika Fara disoal oleh salah seorang peserta program Sekolah Radio berhubung bagaimana dia menghadapi kontroversi sebagai seorang selebriti, pengacara Muzik-muzik itu dengan tenang menjawab bahawa apa pun yang terjadi, kerja tetap menjadi keutamaan.

“Setiap orang ada masalah sendiri. Saya hanya perlu fokus dengan kerja. Tidak kira sakit atau punya masalah di rumah, kita perlu tenang dan teruskan kehidupan seperti biasa sahaja.

“Saya percaya, kalau kita gembirakan orang, ramai yang akan menggembirakan kita,” katanya.

Sumber: Utusam Malaysia

Pengacara Fara Fauzana masih enggan menjelaskan punca pembatalan majlis pernikahannya pada 17 September ini biarpun diserbu pihak media yang ingin mendengar reaksinya berhubung insiden berkenaan.

Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, berkata, segalanya sudah terjawab seperti yang ditulis pada kenyataan media yang dikeluarkannya pada pada Ahad lalu.

“Semuanya sudah ditulis dalam kenyataan media dan tiada apa-apa yang ingin diulas lagi.

“Apa yang berlaku sudah kententuan Allah, saya kena pergi sekarang, terima kasih,” ujarnya ketika bercakap kepada pihak media selama kira-kira empat minit.

Fara hadir pada majlis iM4U FM Sekolah Radio 2016 dan sambutan ulang tahun ke 2 saluran radio itu  di Taman Perindustrian Puchong di sini pada Khamis.

Fara ketika hendak menaiki kenderaannya.

Pada majlis itu Fara dijemput menjadi ahli penel bersama beberapa rakan selebriti antaranya Faizal Ismail, Altimet dan Anne Osman.

Ketika tamat sesinya  kira-kira pukul 1.20 petang, pengacara itu kemudian bergegas menuju ke kereta jenis BMW X6 berwarna hitam yang dipandu oleh pemandu peribadi yang sudah sedia menunggu dalam kenderaan tersebut.

Fara yang berbaju berwarna biru itu dikawal ketat oleh 10 pengawal termasuk pembantu peribadi yang juga anak saudaranya iaitu Wan Zul Aimi Wan Ismail selepas selesai tugasan pada majlis anjuran stesen radio itu.

Kenderaan mewah itu turut dipakir di belakang pentas berhampiran pintu masuk yang memudahkan Fara untuk terus ke kenderaannya dengan tujuan mengelak daripada wartawan.

Kira-kira sepuluh orang pengamal media berkumpul sejak pukul 9 pagi di perkarangan iM4U Sentral dalam usaha mendapatkan kenyataan daripada Fara.

Pihak media juga ditegur oleh pengawal agar tidak berkumpul dan menunggu di hadapan pintu keluar tersebut.

Sebelum itu, Fara terlebih dahulu meminta pihak penganjur agar tidak mengadakan sesi temuramah media berikutan dia perlu bergegas ke lokasi lain sejurus selesai tanggungjawabnya sebagai moderator.

Dalam pada itu, ketika sesi bual bicara berlangsung Fara menjalankan tugasnya dengan baik tanpa sebarang tekanan yang menjejaskan fokusnya mengendalikan majlis berkenaan.

Fara sempat melambaikan tangannya meninggalkan pihak media denganseribu satu persoalan.

Faizal yang berjenaka pada awal kemunculannya di pentas memberitahu, pengacara wanita itu tidak dapat hadir secara tiba-tiba kerana masalah peribadi.

Bagaimanapun, Fara muncul dari belakang pentas menjawab bahawa dia akan tetap meneruskan tugasnya biarpun berhadapan dengan masalah.

“Saya tetap akan muncul kerana kerja tetap kerja walaupun berhadapan dengan rintangan atau masalah,” ujarnya.

Terdahulu, pada Ahad lalu, Fara mengumumkan pembatalan pernikahannya dengan Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, Petaling Jaya.

Bagaimanapun, pada Rabu, bekas calon suaminya itu tampil membuat kenyataan bahawa dia belum pernah berkahwin dan status dirinya bukan punca sebenar pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Hafiz dalam kenyataan tersebut meminta pihak media bertanya kepada Fara kenapa majlis pernikahan mereka itu terpaksa dibatalkan.

Sumber & Gambar: Mstar Online

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Erra Fazira Muat Naik Gambar Ucap Hari Jadi Untuk Shahir di Instagram

Penyanyi Sensasi Smule Khai Bahar Meriahkan Jajahan Gegar Pahang