in

Faizal Tahir, Tomok, Jaclyn, Riz di Roadtour AIM17

RANGKAIAN JELAJAH PROMOSI AIM17 TAMBAH BAHANG
MALAM KEMUNCAK SEGALA-GALANYA!

Kehangatan Anugerah Industri Muzik makin terasa dengan bermulanya rangkaian jelajah promosi AIM17 pada hari Sabtu yang lalu. Dato’ Siti Nurhaliza, Aizat, Altimet, Colab8 dan Ruffedge telah menggegarkan Amphitheatre Wangsa Walk, Wangsa Maju dengan persembahan mantap lagi bertenaga di samping aktiviti-aktiviti pentas yang menarik.

Penggemar-penggemar muzik tanahair di Johor, Kedah dan Melaka tidak akan ketinggalan merasai bahang AIM17 kerana artis-artis kesayangan mereka akan menjelajah ke tiga negeri ini pada tiga hujung minggu akan datang untuk menghiburkan para peminat.

Nantikan kemunculan Superman Malaysia – Faizal Tahir, Tomok, Riz, Hazami dan Meet Uncle Hussain Feat. Black di Kompleks Pasir Gudang, Johor pada Ahad ini, 11 April 2010 bermula jam 2:00 hingga 5:00 petang.

Faizal Tahir

Jaclyn Victor

Meet Uncle Hussain Feat. Black

Riz

Tomok

Pengacara dari Stesen Radio Rasmi, Fly FM dan Hot FM akan menambah kemeriahan suasana dan mengajak peminat menyertai aktiviti-aktiviti menarik bersama artis kesayangan mereka di atas pentas dan berpeluang memenangi baju-T AIM17 serta beg hadiah daripada Stesen Penyiar Rasmi AIM17, ntv7. Di samping itu, orang ramai juga boleh mendapatkan autograf artis-artis yang hadir.

Minggu seterusnya pada hari Sabtu, 17 April 2010, Faizal Tahir, Riz dan Altimet akan bertemu peminat sekali lagi di Village Mall, Sg. Petani dan kali ini SevenCollar T-Shirt, Vince serta Azlan & The Typewriter akan menyertai mereka.

Akhir sekali pada hari Ahad, 25 April 2010, Jaclyn Victor, Colab8, Hafiz AF7, Prema Yin dan SevenCollar T-Shirt akan menggegarkan Dataran Pahlawan Melaka dengan persembahan vokal yang mantap dan sudah pasti memukau penonton.

Bagi penyokong-penyokong muzik tempatan, jangan ketinggalan turut serta merasai bahang Anugerah Industri Muzik melalui rangkaian jelajah promosi AIM17 yang kini hangat berlangsung di serata negara!

Saluran Ceria Anda, ntv7 adalah Stesen Penyiar Rasmi AIM17 untuk kali yang ke-11 pada tahun ini. Selain mengambil bahagian dalam rangkaian jelajah promosi AIM17, ntv7 turut menyiarkan Prelude AIM17 bermula Khamis ini, 8 April 2010 pada jam 8:30 malam untuk empat minggu berturut-turut menjelang malam anugerah nanti.

Program ini dihoskan Yasmin Hani dan setiap episod memberi tribute kepada empat artis terkenal yang paling banyak meraih trofi dalam sejarah AIM iaitu penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza; komposer dan penyanyi berkaliber dikenali sebagai ‘Sifu’ M.Nasir; Ratu Jazz Negara, Dato’ Sheila Majid dan pelopor muzik rock, Amy & Search.

ntv7 akan turut membawakan siaran langsung “Live From the Red Carpet” pada 2 Mei 2010, jam 8:30 malam sebelum upacara AIM17 – Kemuncak Segala-galanya bermula pada jam 9:00 malam, juga dibawakan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lisa Surihani & Hussien Ruffedge dalam Drama Adamaya

Gambit Saifullah & Lisa Surihani Menang Best Dress ABP 2009