in ,

Faizal Tahir Pertahan PM, Nasihat Netizen Supaya Jaga Mulut, Tapi Ini Reaksi Netizen

Penyanyi, Faizal Tahir dikecam hebat oleh netizen berhubung ciapannya yang menegur seorang individu dipercayai bercakap negatif terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir menerusi laman Twitter miliknya ada menasihatkan sikap segelintir netizen untuk menjaga mulut dan hanya berkata perkara yang baik-baik di media sosial.

Fazail berkata, jika tiada perkataan yang manis untuk disuarakan sebaiknya mendiamkan diri saja adalah lebih baik.

Nasihat itu disuarakan penyanyi lagu Gemuruh ini sebagai respon terhadap seorang pengguna Twitter yang menulis tentang pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kalau tak ada perkara baik nak cakap mengenai seseorang, lebih baik berdiam diri. Ini bukan ajaran kesayangan Rasulullah, dan juga bukan sifat Islam. Hanya pengecut berselindung diri saat mereka melontarkan batu.

– Faizal Tahir

Menjengah ruangan komen, majoriti pelayar di Twitter tidak berpuas hati dengan kenyataan penyanyi itu.

Faizal Tahir Pertahan Pm, Nasihat Netizen Supaya Jaga Mulut, Tapi Ini Reaksi Netizen

Nasihat Faizal itu menerima pelbagai reaksi berbeza daripada kalangan netizen di mana ada yang bersetuju dan ramai juga yang tidak bersependapat di samping menyentuh pelbagai isu ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri ke-8 itu.

Malah, ada netizen yang mendedahkan mengenai pendirian Faizal Tahir yang berubah kerana dia pernah mengeluarkan kenyataan berbeza beberapa tahun yang lalu.

Kata pengguna Twitter, Faizal seolah-olah tidak melihat realiti kematian dan cara kerajaan mengendalikan negara di kala “dijajah” wabak berbahaya.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan mengenai perletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas diperkenankan Yang Di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin lalu.

Semalam, angka kes jangkitan positif Covid-19 merekodkan sebanyak 20,546 dan 282 kes kematian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Ebit | 23

“Berkat Doanya, Ramai Datang Beli,” – Azlee Senario Syukur Ebit Lew Lawat Kedai

Meer Nash 2021 | 24

OPPO Umum Pelancaran Reno6 Pro, Ini Spesifikasi Menarik Yang Anda Perlu Tahu