in ,

Faizal Tahir Kemalangan di Lebuhraya Penchala Link

PETALING JAYA: Penyanyi popular, Faizal Tahir luka dan bengkak pada kakinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya Penchala Link menghala ke Damansara dekat sini pada pukul 3 pagi, Isnin.

Menurut pihak pengurusan Monkeybone, Helmi Hamdan, kereta Honda Civic Type-R yang dipandu sendiri oleh Faizal berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu melanggar tembok.

“Setakat ini, Faizal berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah, tiada kecederaan serius. Cuma dia mengalami demam teruk disebabkan terkena hujan pada hari kejadian.

“Kakinya yang baru lepas pembedahan pula luka dan bengkak disebabkan terkena papan pemuka (dash board).

“Menurut Faizal menerusi SMS yang dihantar kepada saya, ketika kejadian, dia merasakan seperti ada minyak pada permukaan jalan raya menyebabkan keretanya terbabas,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Helmi pula tidak dimaklumkan secara terperinci mengenai kejadian itu. itu.

Selain Faizal, turut berada dalam kereta berkenaan ialah adiknya tetapi dia tidak mengalami kecederaan.

Tambah Helmi, buat masa ini, segala aktiviti seni yang berlangsung pada bulan Oktober ini terpaksa dibatalkan dan Faizal akan kembali bergantung kepada tahap kesihatannya.

Faizal pula gagal dihubungi untuk menceritakan insiden berkenaan.-Mstar Online

Faizal Tahir & Aizat

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. baru kaki nak baik berdarah lak lagi…..semoga faizal cpt sembuh, rasanya oktober byk job dia 2, harap sembuhkan dulu diri betul2 baru comeback kerja yea.

  2. 2LAH .LAIN KALI JANGAN BAWAK LAJU SANGAT.KADANG2 ORANG KETA BESOR NIE SUKA SANGAT BAWAK LAJU.MACAM DIA SORANG ADA KETA.SEMOGA AWAK CEPAT SIHAT LAH YEA.

  3. emm..blik pn da 3 pagi.. name pn da lewat.. biase la tuh.. da nk accident.. nk wt cm nee.. kite xtw keadaan die.. jgn bersangka buruk pd org.. jg tepi kain sendiri sudah..

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Program Kes KRONOLOGI EKSKLUSIF SIASATAN

Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Portal Murai