in ,

Faizal Tahir & Dayang Nurfaizah Bakal Berduet?

Dari hala tuju muziknya hingga ke gimik promosinya malah dalam kempen kesedaran dan aktiviti amalnya juga, Faizal Tahir sentiasa tampil dengan elemen kejutan. Minggu lalu, penyanyi yang mesra disapa sebagai Faizal ini telah memuatnaik sebuah video di laman Instagramnya dengan kapsyen ‘X Missing U’. Pada hari yang sama, didapati bintang tersohor Dayang Nurfaizah turut memuatnaik kapsyen yang sama di laman Instagramnya. Di sebalik video tersebut, kedengaran suara Faizal dan Dayang bernyanyi bersama. Anda boleh lihat di laman Instagram Faizal Tahir di sini https://lnk.to/FaizalTahir manakala Dayang Nurfaizah di sini https://lnk.to/Dayang. Ini bermakna, mereka berdua bakal melancarkan sebuah lagu bersama pada masa terdekat ini.

Apabila sebut sahaja tentang Faizal Tahir, kita tidak boleh ketepikan hasil nukilan lagu lagu yang dicipta oleh beliau. Hasil kerja daripada sang arjuna yang serba boleh ini mampu melahirkan karya-karya muzik yang menjadi begitu ‘hidup’. Telah terbukti bahawa semua lagu ciptaan beliau telah menjadi hit dan laris di pasaran tempatan. Faizal yang telah mencurahkan bakatnya hampir dua belas tahun dalam dunia seni telah menggondol banyak anugerah di dalam industri muzik di atas kegigihannya dalam membangunkan industri muzik tanah air.

Dayang Nurfaizah pula telah mewarnai industri seni selama 20 tahun sejak awal kemunculannya pada tahun 1999. Dayang Nurfaizah atau lebih mesra disapa sebagai Dayang ini berjaya mencuri hati peminat muzik dengan vokal serak-serak basah dan gemersik alunan nyanyiannya.

Walaupun perjalanan seni Dayang banyak turun naiknya namun Dayang berjaya menempatkan dirinya sebagai antara penyanyi wanita terbaik di Malaysia.

Penyanyi yang baru melancarkan ‘Sebentar’ pada tahun 2019 ini telah membuktikan bahawa beliau mampu mengukuhkan statusnya sebagai penyanyi yang versatil dan memastikan dirinya masih kekal relevan mengikut pasaran muzik. Sama-sama kita nantikan karya dari kedua-dua penyanyi ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Bakal Nikah 20 Februari?

Lirik Lagu TUJUH NASIHAT Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta