in ,

Faizal Tahir Bakal Buat Opening Act Konsert ED SHEERAN LIVE IN KUALA LUMPUR

Buat julung kalinya, Ed Sheeran yang cukup dikenali dengan lagu ‘The A Team’, ‘Don’t’, dan ‘Thinking Out Loud’ akan menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan peminatnya pada 16 Mac 2015 di konsert ED SHEERAN LIVE IN KUALA LUMPUR yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

Seiring dengan itu, “Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur” akan menampilkan seorang artis terkemuka tanah air iaitu Faizal Tahir sebagai penyanyi pembukaan di konsert tersebut. Faizal Tahir yang terkenal dengan aksi energetik di atas pentas dan gaya persembahan yang unik serta berkarisma tinggi pasti akan memukau para penonton.

Faizal Tahir tidak pernah mengecewakan para peminat semenjak beliau mula menyertai pertandingan One In A Million mahupun di majlis-majlis anugerah berprestij tanah air.

Malahan Faizal pastinya akan menunaikan permintaan ramai yang selama ini menginginkan beliau kembali beraksi di pentas berskala besar dan akan membuatkan penonton tidak senang duduk dengan persembahannya.

Faizal yang kini kembali dengan single terbaru ‘Assalamualaikum’ telah mendapat sambutan yang hangat dan telah mengungguli beberapa carta radio tempatan dalam tempoh yang amat singkat.

Faizal Tahir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bayi Bercakap Dalam Filem Superbabies: Baby Geniuses 2

MTV’s Usavich Breaks Into Hong Kong