in ,

Faizal Tahir Tercalon di Anugerah MTV EMA Kali Kedua

Faizal Tahir yang sememangnya sinonim dengan aksi energetik di atas pentas dan gimik persembahan yang unik daripada beliau tidak pernah menghampakan. Comeback Faizal menerusi album Anatomi pada November 2016 lepas telah menjadi bahan bualan hangat kerana beliau telah menjelajah ke 3 negeri dalam masa 3 hari demi melancarkan album tersebut.

MTV_SEA_EMA2017_BESTSEAACTVOTINGA_FAIZALTAHIR_V1

Undi Faizal Tahir Sebagai Artis Asia Tenggara Terbaik di Anugerah MTV EMA (Europe Music Award)

Kehebatan yang dimiliki Faizal telah melayakkan beliau tercalon di anugerah berprestij Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award) buat kali kedua. Kali pertama Faizal dicalonkan bagi kategori yang sama adalah pada tahun 2015.

Barisan artis dari negara-negara jiran yang turut bertanding bersama Faizal untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik adalah Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand), James Reid (Philippines) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Anda sudah boleh mula mengundi Faizal Tahir untuk kategori tersebut melalui laman web rasmi MTV EMA di http://www.mtvema.com/en-asia/artists/i9m2j0/faizal-tahir
Pengundian bagi calon-calon dalam kategori ini telah bermula pada 4 Oktober dan akan berakhir pada 11 November 2017.

Jadi, kepada rakyat Malaysia tunggu apa lagi, jom undi artis unggul kita Faizal Tahir. Semoga beliau dapat mencipta sejarah dan mengharumkan nama Malaysia dalam arena industri muzik dunia.

MTV Europe Music Awards (EMA) ini dipersembahkan oleh MTV Networks Europe untuk memberi penghargaan kepada para pemuzik dan juga para penghibur. Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) ini akan bersiaran secara langsung dari London pada hari Isnin, 13 November 2017.

Faizal Tahir 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Wira Maznah Hamid Iron Lady Meninggal Dunia

Sacoor Brothers Opens a New Flagship Store in Europe