Strategi ini bukan sekadar mahu menumpang populariti selebriti, tetapi lebih kepada membina kepercayaan pengguna terhadap produk jamu moden yang diformulasi untuk lelaki dengan gaya hidup serba sibuk hari ini.
Nurrifa Melihat Permintaan Lelaki Sebagai Peluang Pasaran Yang Besar
Menurut Pengarah Urusan Nurrifa Sdn. Bhd., Nur Fadhilah Mohamad Puzi, syarikat ini bermula pada tahun 2021 dengan memberi fokus kepada masalah dalaman wanita. Namun, beliau menyedari ada ruang yang sangat besar dalam pasaran lelaki.
“Permintaan untuk lelaki semakin meningkat. Jadi kami putuskan untuk hasilkan Jamu Seegak. Kebiasaannya jamu tradisional perlu digentel, renyah dan tak praktikal untuk dibawa ke mana-mana. Jadi saya fikir, kenapa tidak kita modenkan dalam bentuk pastil? Rasanya sedap, mudah diamalkan dan masih mengekalkan khasiat jamu tradisional,” jelasnya.
Dengan pendekatan ini, Nurrifa berjaya memberi nafas baharu kepada jamu tradisional yang sering dianggap hanya untuk golongan berusia. Kini, ia hadir dalam bentuk lebih moden, mesra ‘travel’, dan dekat dengan gaya hidup masyarakat urban.
Pemilihan Faizal Hussein Sebagai Duta Memberi Kredibiliti Tambahan
Kenapa Faizal Hussein? Jawapannya mudah – beliau adalah simbol lelaki segak, sihat, dan bertenaga walaupun sudah mencecah usia 58 tahun. Menurut Nur Fadhilah, pemilihan Faizal adalah tepat kerana karisma dan gaya maskulinnya sangat selari dengan nilai yang ingin dibawa oleh Jamu Seegak.
“Kami menapis beberapa calon, tapi hanya abang Faizal yang betul-betul menepati ciri-ciri Jamu Seegak. Kredibiliti beliau sebagai figura lagenda memberi keyakinan bahawa produk ini boleh pergi lebih jauh,” ujarnya.
Faizal bukan sekadar pelakon ikonik, tetapi juga seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat. Aura dan ketokohan beliau menjadikan jenama ini lebih mudah diyakini oleh pengguna.
Pengasas Nurrifa, Nur Fadhilah Mohamad Puzi, mengakui bahawa syarikat meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap pelantikan Faizal Hussein sebagai duta rasmi pertama mereka. Menurutnya, keputusan ini bukan sekadar strategi pemasaran semata-mata, tetapi satu perjuangan panjang untuk membawa Jamu Seegak ke tahap yang lebih dikenali dalam kalangan lelaki moden.
Beliau melihat figura Faizal, yang masih segak dan bertenaga walaupun sudah memasuki usia 50-an, sebagai lambang kesihatan yang menjadi aspirasi lelaki hari ini. “Dengan aura abang Faizal, saya yakin beliau mampu membantu meluaskan lagi pengaruh jenama ini dan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap Jamu Seegak. Perjalanan Nurrifa masih jauh, tetapi inilah langkah awal yang penting untuk menempatkan produk kami di hati masyarakat,” katanya penuh yakin.
Beliau turut menjelaskan, pelantikan duta ini sangat penting untuk membina kepercayaan pengguna. Baginya, walaupun produk jamu mempunyai sejarah panjang dalam tradisi masyarakat, ia masih berdepan cabaran apabila generasi moden merasakan cara pengambilan jamu terlalu renyah dan tidak praktikal.
“Sebab itu saya memilih untuk memodenkan jamu ini dalam bentuk gummy pastil. Kalau dahulu kena sediakan dan gentel jamu sebelum dimakan, kini pengguna hanya perlu kunyah. Lebih mudah, mesra ‘travel’, dan rasa pun sedap,” jelasnya.
Menurutnya, inovasi ini membuktikan Nurrifa serius mahu keluar daripada kebiasaan, sambil mengekalkan khasiat asal herba tradisional yang dipercayai sejak turun-temurun.
Menyentuh tentang manfaat, Nur Fadhilah menegaskan bahawa Jamu Seegak diformulasikan khusus untuk membantu lelaki yang berdepan masalah dalaman seperti keletihan, kurang tenaga, sakit-sakit badan, atau sistem pencernaan yang tidak stabil. Beliau percaya ramuan herba semula jadi yang digunakan mampu mengurangkan masalah tersebut dan pada masa sama meningkatkan tahap kesihatan lelaki secara menyeluruh.
“Kalau badan lesu, kurang tenaga atau rasa tidak bermaya, Insya-Allah dengan amalan konsisten Jamu Seegak, ia boleh membantu lelaki rasa lebih segar, lebih yakin, dan lebih bertenaga. Itulah matlamat kami – untuk melihat lelaki moden bukan sahaja nampak segak di luar, tetapi juga sihat dan kuat dari dalam,” ujarnya lagi dengan penuh semangat.
Formulasi Moden Dengan Bahan Premium Penuh Khasiat
Jamu Seegak bukan sekadar nama. Ia hadir dengan formulasi moden menggunakan tiga bahan utama yang premium:
- Halia Bentong – terkenal dengan sifat anti-radang dan membantu peredaran darah. Ia juga membantu mengurangkan keletihan.
- Tongkat Ali – herba legenda Malaysia yang sinonim dengan tenaga lelaki, membantu meningkatkan stamina dan kesihatan dalaman.
- Moringa (pucuk kelor) – digelar miracle tree, kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang baik untuk pencernaan dan imuniti.
Dengan gabungan ini, Jamu Seegak menjadi lebih daripada sekadar suplemen. Ia adalah penyelesaian kesihatan lelaki moden yang mahukan tenaga konsisten, badan lebih cergas, dan sistem pencernaan yang lebih lancar.
Kualiti Terjamin Dengan Piawaian Kesihatan Antarabangsa
Satu lagi kelebihan Jamu Seegak ialah penekanan terhadap standard keselamatan dan kualiti. Setiap produk mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diproses di kilang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) serta mematuhi standard Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).
Ini membuktikan Nurrifa bukan sekadar mahu menghasilkan produk laku keras, tetapi benar-benar serius menjaga keselamatan pengguna. Keyakinan pelanggan pastinya lebih tinggi apabila tahu produk dihasilkan mengikut piawaian antarabangsa.
Faizal Hussein Dedah Rahsia Sihat Dan Konsisten
Sebagai duta produk, Faizal Hussein mengakui beliau sendiri tertarik dengan Jamu Seegak kerana inovasi bentuknya yang kini hadir dalam gummy pastil. Katanya, perubahan ini menjadikan jamu lebih moden, praktikal dan sesuai dengan gaya hidup “on the go”. “Masa saya kecil-kecil dulu, saya pun makan jamu. Tapi biasalah, tangan jadi berbau, satu rumah pun boleh bau jamu.
Sekarang tak ada lagi masalah tu, sebab jamu pun dah ikut trend macam makanan moden lain – mudah dibawa, senang dimakan di mana-mana. Jadi, ia lebih mesra untuk generasi baru,” katanya sambil menambah bahawa produk ini sesuai untuk golongan muda seawal usia 15 tahun ke atas.
Bagi Faizal, kelebihan utama Jamu Seegak ialah ia bukan sekadar suplemen sihat, tetapi juga mampu menjadi pengganti kepada tabiat membeli makanan ringan yang tidak berfaedah. “
Budak-budak sekarang kalau pergi kedai pun beli gummy yang tak ada manfaat, macam jajan. Tapi kalau dengan Jamu Seegak, mereka dapat sesuatu yang sedap, mudah dimakan, dan penuh khasiat. Saya sendiri bila makan, jadi macam kebiasaan. Saya boleh kunyah lima enam kali sehari pun tak ada masalah. Portion dia kecil, jadi mudah untuk diamalkan,” ujarnya.
Faizal juga menekankan bahawa produk ini selamat untuk diamalkan oleh semua golongan kerana tidak mendatangkan kesan sampingan. “Ada orang takut kalau makan jamu atau suplemen nanti alah pada makanan lain, pening kepala atau tak boleh makan seafood. Dengan Jamu Seegak, semua itu tak ada. Saya boleh makan macam biasa, pergi restoran, cuba makanan sedap-sedap dengan keluarga, dan tetap enjoy hidup. Itu yang saya suka – ia melengkapkan gaya hidup sihat saya yang dah lama saya amalkan dengan pemakanan terkawal,” katanya lagi, menegaskan bahawa rahsia kekal cergas bukan sahaja daripada disiplin diri, tetapi juga daripada produk semula jadi yang praktikal seperti ini.Sebagai duta, Faizal sendiri mengakui teruja dengan inovasi jamu berbentuk pastil ini.
“Kalau sebelum ni jamu agak leceh sebab perlu disediakan, tapi Jamu Seegak diformulasi dengan tiga bahan premium ini – senang, terus makan sahaja,” katanya.
Pelakon lagenda ini juga berkongsi rahsia gaya hidup sihatnya:
“Saya seorang yang sangat jaga pemakanan. Seumur hidup, saya tidak pernah tambah nasi. Alhamdulillah, saya bebas penyakit sehingga sekarang. Bila tambah dengan Jamu Seegak, badan jadi lebih cergas, pencernaan lebih lawas, dan tenaga pun lebih stabil.”
Cerita peribadi Faizal ini secara tak langsung memberi inspirasi bahawa gaya hidup sihat boleh dikekalkan dengan disiplin, ditambah dengan amalan produk semula jadi yang moden dan praktikal.
Apa Kata Budiey?
Bagi Budiey, langkah Nurrifa melantik Faizal Hussein sebagai duta memang kena pada masanya. Beliau bukan sahaja ikon filem tanah air, tetapi juga lambang lelaki segak yang menjaga kesihatan. Ia seiring dengan mesej yang ingin dibawa Jamu Seegak – lelaki moden perlu menjaga dalaman dan luaran, bukan sekadar penampilan.
Lebih menarik, keberanian Nurrifa mengubah wajah jamu tradisional menjadi pastil membuktikan syarikat ini berani berinovasi. Dalam era sekarang, pengguna mahukan sesuatu yang praktikal, cepat dan berkesan. Kalau dulu jamu sinonim dengan generasi lama, kini ia boleh menarik minat golongan muda yang mementingkan kesihatan tetapi tak suka benda leceh.
Budiey nampak potensi besar untuk Jamu Seegak ini. Kalau Nurrifa terus konsisten dengan kualiti, inovasi dan pemasaran kreatif, tidak mustahil ia boleh menjadi salah satu produk kesihatan lelaki paling berpengaruh di Malaysia. Malah, dengan reputasi Faizal Hussein, jenama ini berpeluang menembusi pasaran serantau.
Jadi soalnya, adakah selepas ini kita akan lihat lebih banyak produk jamu moden seperti Jamu Seegak mendapat tempat dalam gaya hidup generasi muda? Kalau tanya Budiey, inilah masa depan – kesihatan tradisional dengan sentuhan moden.