in , ,

Fai Ramli Kembali Dengan Single Kedua Berjudul LAGU RINDU

Muhammad Faizal bin Ramli atau lebih dikenali dengan nama Fai Ramli memulakan langkahnya sebagai penyanyi dengan aktif menyertai beberapa pertandingan nyanyian dan aktif di Smule.

Memiliki vokal seiras seperti penyanyi dari seberang iaitu Cakra Khan ini telah menarik minat CEO KRU Music iaitu Dato’ Norman Abd Halim untuk menandatangani beliau sebagai artis rakaman dibawah naungan KRU Music. Penyanyi berusia 27 tahun ini muncul dengan single sulung berjudul Cintamu Kekuatanku yang dilancarkan pada tahun lalu, kini Fai Ramli kembali dengan single kedua berjudul Lagu Rindu yang telah dilancarkan di saluran YouTube KRU Music dan seluruh platform digital pada 19 Mac 2021. “Lagu Rindu” ini adalah hasil ciptaan Neo sepenuhnya dan susunan lagunya telah dibuat dan diadunkan oleh Edry Abdul Halim di Manchester, England. 

Fai Ramli Kembali Dengan Single Kedua Berjudul LAGU RINDU

Pada 19 Mac 2021, klip audio rasmi ”Lagu Rindu” telah dimuat-naik secara rasmi di rangkaian ’YouTube’ KRU Music dan seluruh platform digital 

Fai Ramli Kembali Dengan Single Kedua Berjudul LAGU RINDU

Lagu Rindu
Artist : Fai Ramli Composer/Lyricist : NEO 

Lirik:
Teman-teman sering berkata 

Ku hanya perlukan masa 

Namun hanya tuhan yang tahu 

Rasa terpahat didada 

Sejak kau pergi daku meratapi 

Walau seolah tak endah 

Sebenar-benarnya ku rebah 

Tak mampu lagi pendam di hati 

Ku harap kau masih ingat 

Segala janji yang tersemat 

Aku rindu suaramu bak bayu
Ku rindu tenungan matamu nan ayu 

Ku rindu bila kau sandar dibahuku 

Ku rindu mu setiap waktu 

Kembalilah sayang


Aku rindu bila berjauhan
Bercanda ditalian bawah rembulan 

Ku rindu ucapanmu penuh perasaan 

Rindu dengar lagu rindu
Kembalilah sayang maafkan

Sejak kau pergi daku meratapi 

Mana saja perjalanan 

Mengibau kembali kenangan 

Tak mampu lagi pendam di hati 

Ku harap kau masih ingat 

Kehangatan setiap saat 

Aku rindu suaramu bak bayu


Ku rindu tenungan matamu nan ayu 

Ku rindu bila kau sandar dibahuku 

Ku rindu mu setiap waktu 

Kembalilah sayang
Aku rindu bila berjauhan


Bercanda ditalian bawah rembulan 

Ku rindu ucapanmu penuh perasaan 

Rindu dengar lagu rindu
Kembalilah sayang maafkan 

Ku rindu tenungan matamu nan ayu 

Ku rindu bila kau sandar dibahuku 

Ku rindu mu setiap waktu 

Kembalilah sayang
Aku rindu bila berjauhan
Bercanda ditalian bawah rembulan 

Ku rindu ucapanmu penuh perasaan 

Rindu dengar lagu rindu 

Kembalilah sayang maafkan 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul Menarik Perhatian 2.2 Juta Penonton di Episod 6

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Terima Anugerah Asean Inspiring Award Winner 2021