in

Fahd Ezuan Artis Baru Bakal Menyinar Dengan Lagu Meniti Waktu

Fahd Ezuan atau nama sebenar Wan Mohd Izuan bin Wan Omar, 23 tahun merupakan artis baru yang melahirkan single pertama berjudul ‘Meniti Waktu (lagu dan lirik:Adnan Abu Hassan). Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1989 dan berasal dari Kuala Terengganu.

Beliau merupakan anak kedua dari enam orang adik beradik. Merupakan penuntut Kolej PTPL Terengganu dalam bidang Diploma Seni Kulinari. Beliau mengakui meminati bidang masakan namun minat terhadap nyanyian lebih kuat sehinggakan beliau berazam mahu menjadikan nyanyian sebagai kerjaya.

Fahd Ezuan Artis Baru Bakal Menyinar Dengan Lagu Meniti Waktu

Beliau memulakan bidang nyanyian sejak dari kecil lagi dengan menyertai pertandingan-pertandingan nyanyian dan pernah menjuarai beberapa pertandingan yang beliau sertai. Antaranya Idola Bandaraya Terengganu pada 2011.

Dengan itu semangat beliau makin berkobar-kobar untuk meneruskan bakat nyanyian yang beliau miliki. Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang Seni Suara melalui penyanyi dan pencipta lagu-lagu rakyat negeri Terengganu sendiri. Dengan itu,dengan sokongan daripada keluarga dan juga gurunya menyemarakkan lagi usaha beliau untuk meneruskan karier sebagai seorang penyanyi yang berjaya.

Sebelum ini beliau kerap kali mengadakan persembahan bersama kombo RTM Terengganu dan Kelab Kebudayaan Terengganu dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air seperti Faizal Tahir,Bunkface,Hujan,Shiha(mentor),Black dan Faizal(AF) di konsert Sultan Mizan Cup 2011 dan bersama Ella dan Nassier Wahab di Majlis Makan Malam Diraja. Beliau juga selalu dijemput untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis makan malam di sekitar negeri Terengganu.

Memilih Adnan Abu Hassan sebagai komposer untuk single pertamanya,beliau mempertaruhkan lagu berentak balada. Lagu ‘Meniti Waktu’ merupakan sebuah lagu sedih yang berkisahkan tentang pejalanan meniti hari-hari yang sukar untuk pergi selama-lamanya meninggalkan orang tersayang. Beliau amat meminati lagu-lagu yang dihasilkan oleh Adnan Abu Hassan sejak dari dulu dan yakin lagu-lagu ini masih lagi diperlukan disamping lagu-lagu berentak moden seperti hip-hop,k-pop dan sebagainya yang menjadi pilihan remaja kini. Pertemuanya dengan Komposer terkenal Adnan Abu Hassan ini di konsert Reunion Akhir Akademi Fantasia sebagai penyanyi latar untuk Faizal AF4, menghasilkan lagu ‘Meniti Waktu’ tersebut.

Selepas dua bulan single ini dilancarkan Alhamdulillah lagu ’Meniti Waktu’ ini mendapat sambutan yang agak baik di stesen radio tempatan.

Lagu ini menjadi juara carta di Terengganu Fm dan kerap kali diputarkan di Manis Fm yang merupakan stesen radio pilihan utama di negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang. Sebagai pendatang baru dalam industri muzik,beliau mengharapkan agar kehadiran beliau dapat diterima dengan baik dan sentiasa bersedia menerima apa jua pandangan dan berjanji akan terus memperbaiki diri beliau agar menjadi sebagai seorang penyanyi dan ikon yang terbaik.

Fahd Ezuan Artis Baru Bakal Menyinar Dengan Lagu Meniti Waktu

Fahd Ezuan Artis Baru Bakal Menyinar Dengan Lagu Meniti Waktu

Fahd Ezuan Artis Baru Bakal Menyinar Dengan Lagu Meniti Waktu

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Canon Marketing Malaysia Presents Maher Zain

Shop At Viva Home & Win A Trip To London, Istanbul