in ,

Nisdawati Diserang, Ezany Nizariff Pula Back Up Sharnaaz Ahmad

Lanjutan dari isu Nisdawati yang didakwa diserang oleh pelakon Sharnaaz Ahmad. Ketika mana pelakon Sharnaaz Ahmad dikecam berikutan dakwaan menyerang dan mengugut pelakon Lisdawati, terdapat juga rakan artis yang berdiri teguh di belakang teraju utama drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ ini.

Terkini, pelakon Ezany Nizariff tampil memberikan pandangan berhubung perkara ini. Menerusi status di akaun Facebooknya, Ezany memuji sikap Sharnaaz yang dikenali begitu berterus terang dalam sesuatu hal.

“Pelakon Shahnaz yang saya kenal, seorang yang hormat pelakon senior, sopan n sentiasa beri kerjasama. Mungkin klu timbul isu mengenai beliau, kerana beliau bukan plastik yg bercakap belakang.tetapi akan terus ke depan dan bertanya. mungkin pihak lain tak suka dgn cara beliau. bagi saya beliau tidak plastic.steady bro!”

Sekarang ni, tak tahu la siapa yang benar dan siapa yang salah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad Enggan Komen Isu Serang Nisdawati di Lokasi

Isteri Fauzi Nawawi Masih Trauma & Terpaksa Berehat