Dalam usaha memperkukuh peranan sebagai jenama kesihatan tempatan yang prihatin terhadap masa depan generasi muda, Eskayvie terus mencuri perhatian dengan penganjuran Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic bagi meraikan kejayaan para pelajar SPM 2024/2025.
Majlis gilang-gemilang yang diadakan di DoubleTree by Hilton, Shah Alam ini bukan sekadar sebuah acara simbolik, malah menyuntik harapan besar terhadap misi membentuk 100,000 pelajar cemerlang melalui Kempen Booster Minda.
Majlis tersebut menghimpunkan pelajar dari pelbagai negeri dan latar belakang sosioekonomi, memperlihatkan bahawa komitmen Eskayvie terhadap pendidikan holistik dan seimbang bukan sekadar slogan, tetapi satu perjuangan yang nyata.
Anugerah Berprestij Untuk Mengiktiraf Pelajar Luar Biasa Dan Peningkatan Hebat
Majlis anugerah ini mengetengahkan dua kategori utama yang mencerminkan nilai sebenar kejayaan: Anugerah Semua A untuk pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam semua subjek, dan Anugerah Peningkatan Cemerlang bagi mereka yang menunjukkan lonjakan prestasi luar biasa berbanding peperiksaan percubaan.
Lebih menarik, majlis ini turut menyanjung peranan ibu bapa yang menjadi tulang belakang utama dalam perjalanan anak-anak menuju kejayaan. Bagi Eskayvie, kejayaan seorang pelajar bukan hanya milik individu, tetapi hasil daripada satu ekosistem keluarga dan komuniti yang saling menyokong.
Booster Minda: Inisiatif Bernas Untuk Capai Sasaran 100,000 Pelajar Cemerlang
Bukan sekadar anugerah, Eskayvie juga mengangkat momentum ini untuk melancarkan secara rasmi Kempen Booster Minda, satu langkah strategik yang menyasarkan pencapaian besar – melahirkan 100,000 pelajar cemerlang di Malaysia. Misi ini dibina atas kerjasama pelbagai pihak termasuk sekolah, organisasi korporat, serta disokong penuh oleh produk nutrisi otak Eskayvie Mindtropic, yang semakin menjadi pilihan ibu bapa hari ini.
Menurut Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie yang juga merupakan doktor perubatan lulusan Vrije Universiteit Brussels, Belgium dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan moden dan regeneratif, produk Eskayvie Mindtropic telah diformulasi dengan teliti berdasarkan kajian sains yang kukuh.
Beliau menjelaskan:
“Eskayvie Mindtropic dihasilkan melalui penyelidikan mendalam oleh pasukan doktor dan penyelidik kami. Formulasi ini menggunakan bahan premium dan berpaten seperti Phosphatidylserine yang terbukti memberi kesan positif kepada fungsi otak. Ia merangsang penghasilan empat neurotransmitter utama – Serotonin, Dopamine, Norepinephrine dan Acetylcholine – yang amat penting untuk fokus, semangat belajar dan daya ingatan pelajar.”
Produk ini turut diperkaya dengan Ashwagandha KSM 66, Bacopa Monnieri, Magnesium dan Selenium, yang berperanan dalam mengurangkan stres, melindungi sel-sel otak daripada keradangan dan menyokong prestasi kognitif yang optimum.
Tiga Teras Inisiatif Booster Minda Untuk Menyokong Keluarga Dan Pelajar
Dalam ucapannya, Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie, menekankan bahawa Kempen Booster Mindadigerakkan melalui tiga inisiatif utama yang menyasarkan bukan sahaja pelajar, tetapi juga ibu bapa sebagai penyokong utama perkembangan anak-anak:
- Kesedaran Nutrisi Otak – Meningkatkan pengetahuan ibu bapa tentang kepentingan nutrisi dalam menyokong perkembangan akademik dan emosi pelajar.
- Panduan Gaya Hidup Sihat – Menyampaikan amalan gaya hidup seimbang merangkumi tidur yang mencukupi, senaman berkala, serta pengurusan stres dan emosi.
- Ilmu Bersama Pakar – Menyediakan akses kepada pakar pemakanan dan doktor perubatan untuk memberi bimbingan tentang pemakanan terbaik bagi menyokong fungsi otak anak-anak.
Melalui ketiga-tiga aspek ini, Eskayvie yakin pendekatan holistik mampu menjana impak jangka panjang terhadap pembangunan akademik dan psikologi pelajar Malaysia.
Aznil Nawawi Suntik Inspirasi, Bawa Mesej Harapan Untuk Generasi Muda
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datuk Aznil Haji Nawawi, Duta Eskayvie yang cukup dikenali dengan aura positif dan kata-kata penuh inspirasi. Kehadiran beliau bukan sekadar simbolik, tetapi menyampaikan mesej mendalam kepada para pelajar bahawa kejayaan datang dengan usaha, sokongan, dan pemikiran yang sihat.
Beliau berkata:
“Apa yang paling penting adalah kepercayaan pada diri sendiri dan usaha tanpa jemu. Saya bangga dapat bersama Eskayvie dalam misi menyuntik semangat kepada generasi muda kita.”
– Datuk Aznil Haji Nawawi
Apa Kata Budiey?
Majlis ini lebih daripada sekadar satu acara penghargaan – ia adalah titik mula kepada satu gerakan besar untuk mencipta gelombang kecemerlangan dalam kalangan anak muda Malaysia. Dengan pendekatan menyeluruh dan pemahaman mendalam tentang pentingnya keseimbangan antara nutrisi, emosi dan sokongan komuniti, Eskayvie kelihatan benar-benar bersedia untuk menjadi peneraju perubahan dalam dunia pendidikan.
Bagi Budi, usaha seperti ini perlu diperluas lagi – bukan sahaja kepada pelajar SPM tetapi merangkumi semua peringkat pendidikan dan golongan berkeperluan. Mungkin pada masa depan, kita akan melihat lebih banyak syarikat tempatan tampil dengan inisiatif pendidikan yang progresif dan menyeluruh seperti ini.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Kempen Booster Minda dan produk Eskayvie Mindtropic, bolehlah terus ke laman web rasmi mereka di BoosterMinda.com.
Nak tengok generasi muda kita terus hebat dan sihat? Sokonglah produk tempatan yang berasaskan sains dan niat yang baik.