in , ,

Erra Fazira Pujuk Shahir Terus Berjuang di Konsert Akhir AF Megastar

Erra Fazira percaya ramai peminat Shahir mahu melihat penyanyi itu bersaing pada di Konsert akhir AF Megastar, Ahad ini.

Pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan bersama juara Akademi Fantasia musim kelapan itu berharap, Shahir dapat terus memberikan tumpuan pada pertandingan itu yang kian menghampiri kemuncaknya.

Shahir

“Saya berharap dia tidak terlalu mengikut perasaan. Apa yang dihadapinya adalah perkara biasa dan menjadi asam garam dunia artis. Mungkin tampak senang untuk bercakap sedemikian kerana bukan kita yang mengalaminya. Namun, selepas berjuang sejak awal dalam pertandingan ini, hingga mara ke peringkat akhir, dia kenalah kuat semangat,” kata Erra kepada BH Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Erra juga menganggap sudah menjadi rezeki Shahir untuk melangkah ke final program terbabit, tetapi pada masa sama beliau turut berdepan dugaan.

“Saya percaya, ramai peminat yang sayangkan bakatnya. Ramai juga yang mahu melihat dia beraksi di pentas akhir pertandingan itu,” kata Erra sambil memberitahu, beliau berjaya menghubungi Shahir, petang tadi, untuk memintanya terus bersaing dalam final AF Megastar.

Semalam, menerusi laman Instagram, Shahir mengumumkan hasrat untuk menarik diri daripada program itu disebabkan tertekan dengan kontroversi membabitkan hubungannya dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu turut menyifatkan kontroversi terbabit sebagai usaha untuk mensabotaj diri dan kerjayanya.

Kata Erra lagi, beliau percaya ada hikmah yang terselindung di sebalik segala apa yang terjadi.

“Dalam seribu kekalutan yang muncul, ada pengajaran yang boleh kita sama-sama belajar daripadanya. Kalau nak ambil yang negatif, maka negatif jadinya,” kata Erra yang pernah meletup dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pembukaan Rasmi Sports Direct Bukit Bintang Flagship Superstore

Demi Lovato, Shawn Mendes Set To Perform at The 2017 MTV EMAs Live From London