in , ,

LoveLove

Erra Fazira Dilantik Jadi Duta Produk Faith Fleur

Hampir tiga dekad bergelar anak seni hingga pernah diberi jolokan primadona filem Melayu, Erra Fazira hingga kini tetap relevan serta ampuh di liganya yang tersendiri.

Pemilik nama penuh Fazira Wan Chek, 46, ini juga antara yang terus diberi kepercayaan mewakili jenama sesebuah produk. Terbaharu, pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak tujuh kali sejak 1994 ini bersetuju menerima lamaran jenama Faith Fleur mewakili set rangkaian produk rambut.

Erra Fazira Dilantik Jadi Duta Produk Faith Fleur

Faith Fleur Buat Erra Fazira Jatuh Cinta Lagi

Kontrak setahun dengan pilihan setahun lagi itu bermula Jun lalu dipersetujui ibu kepada Engku Aleesya ini selepas meyakini jenama yang sudah bertapak sejak tahun 2017

“Saat kali pertama diberi tempoh percubaan menggunakan rangkaian produk ini awal Jun lalu, saya rasa seperti jatuh cinta lagi.

“Ramuan dan baunya yang wangi terus menambat hati saya. Dua kali menggunakan rangkaian produk terdiri daripada tonik, serum, pewangi dan pelembap rambut, syampu ini saya sudah dapat merasai perbezaan ketara.

“Paling utama ialah rambut saya sejak kebelakangan ini yang kerap gugur kerana beberapa faktor seperti usia dan bertudung sudah mula berkurangan.

“Dulu kalau mencuci rambut dengan syampu rambut memang akan penuh di lantai bilik mandi. Begitu juga di sikat rambut akan penuh rambut gugur terkumpul. Tapi sekarang saya tidak risau lagi dengan ada Faith Fleur di sisi,” katanya

– Erra Fazira
Erra Fazira Dilantik Jadi Duta Produk Faith Fleur

Bagi pelantun lagu Hanya Di Mata ini, dia percaya dan optimis rangkaian produk Faith Fleur ini akan terus terbang tinggi dengan kualiti dimiliki.

Apatah lagi jenama berkenaan juga berani menyunting Erra menjadi duta pertama di kalangan artis untuk wakilan produk mereka.

“Sesuatu yang saya sendiri bangga terhadap produk ini ialah ia buatan Malaysia dan dihasilkan bumiputera.

“Malah saya diberitahu mereka juga akan terus menerbitkan pelbagai rangkaian produk lain pada masa akan datang.

“Faith Fleur sudah ada kelompok peminatnya selama ini. Moga dengan pelantikan saya ini sebagai duta mereka akan terus membuatkan jenama ini melebarkan pengaruhnya dengan lebih luas,” kata Erra.

– Erra Fazira
Erra Fazira Dilantik Jadi Duta Produk Faith Fleur

Mengenai pelantikannya, pengacara program bual bicara Mingguan Wanita di Astro ini percaya rezeki itu tidak pernah salah alamat.

“Pada akhirnya saya percaya ia berbalik kepada soal rezeki. Soal aktif atau tidak atau persaingan dengan artis generasi baru itu semuanya bersifat subjektif.

“Apabila rezeki berpihak kepada kita, maka disambutnya dengan hati yang terbuka. Sekaligus mensyukuri nikmat diberi.

“Untuk masih dipandang relevan hingga diberi kesempatan menjadi wakil jenama produk, saya berterima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaaan,” katanya.

– Erra Fazira

Pelakon filem Polis EVO 2 ini ketika ini hanya memenuhi komitmen mengacara.

“Saya masih mengacara di Mingguan Wanita untuk musim kedua. Macam kerja lakonan semua dapat diselesaikan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi.

“Jika ada tawaran berlakon yang kena dengan waktu dan bersesuaian kelak, saya sedia mempertimbangkannya lagi

“Selebihnya masa saya banyak bersama anak di rumah,”

– Erra Fazira
ERRA FAZIRA DUTA FAITH FLEUR

Sementara itu, Faith Fleur adalah produk penjagaan rambut yang dikeluarkan oleh Ctymary Resources Sdn Bhd. Ia diusahakan pasangan suami isteri, Siti Mariam Abd Samad (pengasas) dan Halim Bahadorisam (pengasas bersama)

Syarikat ini ditubuhkan pada 10 Februari 2017, bertempat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. Satu lagi cawangan di Bintulu, Sarawak pada awal bulan September 2018.

Maksud Faith ialah kesetiaan manakala Fleur diambil dari perkataan France iaitu bermaksud bunga.

Faith Fleur merupakan syarikat yang khusus dalam pengeluaran produk penjagaan rambut yang terdiri daripada syampu, pelembab rambut, serum, pewangi rambut dan tonik.

Seperti yang diketahui umum, rambut merupakan aset penting bagi setiap manusia. Oleh itu, ia memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti.

Formula produk Faith Fleur sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan wanita. Produk Faith Fleur adalah Halal dan Mesra Wuduk.

Erra Fazira Dilantik Jadi Duta Produk Faith Fleur

Selain itu, produk ini dapat menghapuskan kutu, melembutkan rambut, membaiki rambut rosak, bebas kimia berbahaya seperti Paraben, SLS & dan Sabun serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pemilihan Erra Fazira sebagai duta baharu dilihat mampu mengangkat jenama Faith Fleur ke peringkat lebih tinggi.

“Beliau sememangnya seorang yang dikenali ramai dan mempunyai kredibiliti terutamanya dalam penggunaan produk yang dipakainya. Persetujuan Erra mewakili jenama ini setelah beliau merasai sendiri perbezaan dalam menggunakan rangkaian produk ini,”

– Siti Mariam Abd Samad

Siti Mariam Abd Samad juga merupakan anak didik mentor keusahawanan Dr Azizan Osman.

Erra telah mengikat kontrak setahun dengan pilihan sambungan setahun lagi selepas meyakini jenama yang sudah bertapak sejak tahun 2017 lagi.

Maklumat lanjut serta pembelian produk boleh didapati di laman web https://www.faithfleur.my ataupun menghubungi pengedar berdaftar di Facebook faithfleurhq dan Instagram @faithfleurhq

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 03 5103 0515

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fasiliti Berkelas Dunia, Johor Bersedia

Single TAK ADA YANG TAK BISA Gabung Artis Malaysia & Indonesia