in

Ernie Zakri Tak Nyanyi Lagu MISTERI Bukan Kerana Dendam

Penyanyi Ernie Zakri kekal dengan pendiriannya untuk tidak menyanyikan lagu Misteri dalam mana-mana acara seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini.

Menurut Ernie, keputusan itu dibuat kerana mahu melupakan kontroversi yang pernah melanda lagu itu apabila gagal mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-33, tahun lalu.

“Ernie memutuskan untuk tidak menyanyikan lagu itu bukan kerana dendam, sebaliknya Ernie tidak mahu lagi pandang ke belakang. Ernie mahu melupakan apa yang berlaku dulu.

“Ernie berjanji untuk tidak menyanyikan lagu itu selama setahun, malah jika ada permintaan, Ernie tetap akan menolak. Rasanya semua pihak faham dengan permintaan Ernie ini,”

– Ernie Zakri

Mengakui sangat menyukai lagu ciptaan Gouffran dan Sang Hitam itu, Ernie bagaimanapun, menyifatkan apa yang berlaku sebagai bukan rezeki.

“Memang berat rasa hati, tetapi Ernie perlu reda. Masih banyak lagi lagu lain yang boleh dinyanyikan dalam persembahan. Insya-Allah, mungkin lagu itu Ernie nyanyikan pada masa akan datang,”

– Ernie Zakri

Penyanyi lagu Ku Bersuara itu ditemui pada majlis sidang media persembahan Minggu Setiausaha An Afternoon with Syamel dan Ernie Zakri… When Heart Needs A Beat di Marriot Putrajaya, di sini.

Kontroversi Misteri tercetus apabila lagu itu tidak layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-33, difahamkan berpunca daripada masalah membabitkan Ernie dan syarikat rakamannya sebelum ini, FMC Music.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Mawi Pilih Judul Filem TIADA TAJUK

Hikmah Padam Dendam Dalam Telemovie SUARA AZAN