in ,

Ernie Zakri & Mark Adam Galas Tugas Juri CERIA ONLINE STAR

PKP cetus idea untuk Astro Ceria bertindak inovatif; tampil dengan sebuah program realiti maya khas buat kanak-kanak!

Foto Kredit: SalamToday.com

Melihat kepada keadaan semasa negara yang masih di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Astro sebagai sebuah stesen penyiaran utama negara perlu bertindak kreatif dan inovatif dalam menampilkan sajian kandungan yang luar dari kebiasaannya kepada penonton. Justeru, saluran kanak-kanak nombor 1 negara, Astro Ceria mengambil inisiatif memperkenalkan, ‘Ceria Online Star’, sebuah program realiti maya atau digital yang bakal mempersembahkan aneka bakat dan ragam kanak-kanak dalam mempamerkan kebolehan masing-masing.

Setiap peserta akan dinilai secara atas talian oleh dua orang juri profesional; penyanyi popular, Ernie Zakri dan selebriti versatil, Mark Adam. Program istimewa ini akan bersiaran untuk tiga hari berturut-turut di saluran Astro Ceria (631) dan Ceria HD (611) pada 15, 16, dan 17 April 2020, jam 7.00 petang!

Poster - Ceria Online Star

Untuk pilihan lebih fleksibel, program Ceria Online Star ini juga boleh distrim melalui Astro GO dan on demand.

Selaku peneraju utama kandungan hiburan kanak-kanak di Malaysia, Astro Ceria sentiasa berusaha untuk menerbitkan program-program yang mengujakan dan bermanfaat buat seisi keluarga. 

Selari dengan saranan kerajaan untuk menangguhkan produksi program hiburan di studio yang melibatkan ramai orang, Astro Ceria kali ini membawakan ‘studio’ kami ke rumah peserta masing-masing dengan program realiti maya terbaharu, ‘Ceria Online Star’.

Program ini boleh dilihat sebagai pembuka langkah inovatif ke arah norma baharu industri hiburan, di mana sesi ujibakat, persembahan, penjurian dan penentuan pemenang semuanya di buat secara atas talian. Kami percaya, dengan inisiatif ini, anak-anak boleh menggunakan akaun media sosial masing-masing dengan lebih bermanfaat dan produktif, di samping mengasah bakat dalam bidang nyanyian, lakonan dan sebagainya, bagi membantu meningkatkan tahap keyakinan mereka.”

Ketua Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong

Sesi ujibakat bagi program ‘Ceria Online Star’ menerusi laman media sosial, Instagram yang berlangsung dari 1- 6 April lalu telah menerima lebih dari 900 penyertaan. Hanya 20 penyertaan yang terbaik akan dinilai 100 peratus oleh kedua-dua juri, Ernie Zakri dan Mark Adam. 

Terdapat tiga aspek penilaian yang diambil kira untuk mara ke peringkat seterusnya iaitu Persembahan Bakat (40%), Kreativiti (30%) dan Faktor Wow (30%). Peserta Top 20 ini juga boleh memenangi ‘Anugerah Pilihan Penonton’, yang akan diadili oleh audiens berdasarkan bilangan tanda ‘Suka’ pada video setiap peserta yang dimuatnaik ke laman Instagram Astro Ceria.

Pemenang bagi program tiga episod istimewa ini akan menerima wang tunai sejumlah RM3,000 (Juara), RM 1,500 (Naib Juara) dan RM1,000 bagi tempat ketiga. Pemenang ‘Anugerah Pilihan Penonton’ pula akan menerima hadiah kemenangan sebanyak RM500

Ikuti perkembangan terkini Ceria Online Star menerusi laman webFacebook dan Instagram rasmi Astro Ceria, serta melalui tanda pagar #CeriaOnlineStar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Digelar Duda Hot Selepas Bercerai, Alha Alfa Terima Lamaran Gadis

Asyraf Khalid Bengang Dituduh Guna Kabel Ayah Semata Mahu Majukan Bisnes?