in , ,

Ernie Zakri Lantang Bersuara Dalam BONEKA

Penyanyi Popular Tanah Air Kembali Dengan Single Rancak Terbaharu Yang Lebih Bertenaga Dengan Imej Berbeza

Penyanyi wanita popular tanah air bersuara emas dan serba boleh yang berasal dari Kuala Lumpur, Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih dikenali dengan nama Ernie Zakri kembali menggegarkan industri muzik Malaysia sekali lagi dengan single terbaharu yang berjudul ‘Boneka’. Tampil berbeza dengan imej serba baharu, lagu ‘Boneka’ dicipta dan dihasilkan oleh komposer hebat Omar K bersama dua komposer muda yang berbakat besar iaitu Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.

Cover Art BONEKA

Walaupun negara sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ia masih memberi ruang untuk karyawan seni tanah air untuk terus berjuang dalam bidang yang mereka ceburi,

“Sebenarnya lagu ‘Boneka’ ini telah pun dirakamkan sebelum wabak COVID-19 melanda negara lagi.

Terdahulu single Gundah telah dilancarkan pada bulan Disember tahun lepas dan rasanya sesuai buat saya untuk tampil dengan single baharu,” jelas .

– Ernie Zakri

Bercerita mengenai lagu ‘Boneka’, Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) ini berkata, 

Ia berkisar tentang seorang wanita yang ditinggalkan kekasihnya tetapi dia sangat kuat dan tabah dalam menghadapi perpisahan tersebut kerana dia bukanlah ‘boneka’ yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh mana-mana lelaki.

Sebenarnya melalui lagu ini, saya mewakili mana-mana pihak yang ditinggilakan oleh kekasih mereka sama ada wanita mahupun lelaki.”

– Ernie Zakri

Mengulas lanjut tentang single ini, Ernie menerangkan, 

Saya gemar mempersembahkan karya-karya yang mempunyai cerita dan mesej yang mendalam agar dapat dijadikan sebagai pemangkin buat mereka yang tindas sebagai contoh.

Muzik mempunyai elemen yang dapat membantu dalam menaikkan semangat seseorang, dan melalui lagu yang saya sampaikan, saya harap ia dapat membantu pendengar tatkala berada dalam keadaan yang gundah.”

– Ernie Zakri

Proses rakaman lagu ‘Boneka’ telah dilakukan di Enormus Studio milik komposer Omar K, Ernie memberitahu, 

Saya hanya mengambil masa selama satu hingga dua jam sahaja bagi merakamkan single ini kerana saya sudah beberapa kali bekerjasama dengan Omar K dan saya faham apa yang dikehendaki oleh beliau.

Ini juga merupakan pengalaman pertama berkolaborasi dengan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh kerana kedua-duanya masih baharu dalam bidang penciptaan lagu, namun begitu banyak idea segar yang ditampilkan dan saya rasa seronok kerana banyak yang dipelajari dan dikongsikan bersama.”

– Ernie Zakri

Pemenang Artis Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2019 ini turut menambah, 

“Saya berharap agar single ‘Boneka’ ini diterima baik oleh peminat saya terutamanya, dan penggemar muzik secara amnya, dan dengan imej baharu yang ditonjolkan dan konsep berbeza yang ditampilkan memberi kelainan terhadap karya-karya saya yang terdahulu.”

– Ernie Zakri

Lagu ‘Boneka’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Manakala video lirik dan muzik lagu ‘Boneka’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

IMG_7958

Tajuk               : Boneka

Artis                : Ernie Zakri

Lirik                 : Firdaus Rahmat, Iqie Hugh & Omar K

Komposer       : Firdaus Rahmat, Iqie Hugh & Omar K

Aku bukan mainan tuk kau permainkan sesuka hati mu sahaja

Aku bukan wanita yang mudah kau cela

Yang mudah kau dera jiwa

(Pre chorus)

Biarkan tertutup

Pintu kamu yang telah rapuh

Bukalah matamu

Takkan mekar bunga yang layu

(Chorus)

Bukan boneka

Seperti apa yang engkau inginkan

Sesungguhnya aku tak sanggup

Sudah cukup

Tak perlu kau menyeksaku

Bukan boneka

Seperti apa yang engkau mahukan

Sesungguhnya aku tak sanggup

Sudah cukup tak perlu kau terus membunuhku

Aku takkan mengalah

Dihempas godaan

Dihembus bisikan halusmu

Aku takkan berdiam

Membiar kau rasuk

Membiar kau ragut mimpiku

(Pre chorus)

(Chorus)

(Bridge)

Takkan aku terikat 

Dengan jari jemarimu 

Meracunkan cinta 

Takkan aku lepaskan 

Jiwaku yang selamanya 

Mengharapkan cinta sempurna

(Chorus)

What do you think?

19 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bekas Teman Lelaki Alya Iman Rayu Hentikan Tohmahan & Fitnah

Astro Ria Lancar Program Bual Bicara Eksklusif NEXT TO NEELOFA