in ,

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

Ernie Zakri Tampil Dengan Single Terbaru di Bawah Naungan Rocketfuel Entertainment

Biarpun sudah hampir sedekad menjejakkan kaki di dalam arena seni nyanyian, bintangnya benar-benar mula bersinar sejak menjuarai pertandingan realiti Duo Star bersama rakan duetnya Syamel.

Sejak itu suara dan gaya persembahannya mula mencuri perhatian pencinta muzik tempatan. Kini Ernie Zakri bukanlah satu nama asing dalam dunia hiburan Malaysia.

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

Selain bergelar penyanyi berbakat, Ernie juga merupakan seorang guru vokal hebat yang pernah mendapat pendidikan tinggi dalam bidang muzik dan mengkhusus pada seni vokal.

Kini untuk mengukuhkan kedudukannya dalam dunia seni suara, Ernie Zakri muncul dengan single terbarunya yang berjudul ‘Ku Bersuara’. Lagu ini juga merupakan rakaman pertama penyanyi tersebut sejak bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment.

Lebih menarik lagi, ‘Ku Bersuara’ menampilkan rakan duetnya Syamel sebagai komposer dan penulis lirik di samping beberapa nama lain seperti Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

Sesuai dengan kekuatan vokalnya, ‘Ku Bersuara’ merupakan sebuah lagu berkonsep ‘power ballad’ yang mampu menyerlahkan lontaran suara Ernie yang hebat.

Ia disampaikan dengan begitu baik dan dijangka bakal berbekas di hati peminat muzik serantau.
Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.,

“Nama Ernie Zakri bukan asing lagi di arena muzik Malaysia. Kekuatan vokalnya mampu menambat hati semua pencinta muzik. Jadi kami dari label Rocketfuel tidak ragu-ragu untuk Ernie menyanyikan lagu berentak ballad ini kerana yakin ini adalah kekuatan beliau.”

“Diharapkan lagu ini akan dapat diterima ramai lebih lagi dengan adanya sentuhan muzik dari Syamel yang sentiasa menyokong rapat karier seni Ernie”

Single ‘Ku Bersuara’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi bermula dari 7 Disember 2018. Selain itu, muzik video rasmi ‘Ku Bersuara’ juga akan mula berada di saluran YouTube Rocketfuel Network tidak lama lagi.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

‘ERNIE ZAKRI RETURNS WITH BERSUARA’
Ernie Zakri Introduces New single After Signing with Rocketfuel Entertainment

Although it has been almost a decade since her foray into the local entertainment arena, her presence was truly noticed after emerging as champions on Duo Star, a local reality TV show alongside her duet partner Syamel.

Eversince then, her voice and showmanship have successfully stolen the attention of music lovers nationwide. Today Ernie Zakri is no stranger in the Malaysian music world.

Apart from being a talented singer, Ernie is also an accomplished vocal teacher, having completed her tertiary studies in music with a specialization in vocal performance.

And to further solidify her place in the entertainment industry, Ernie Zakri returns with her latest effort called ‘Ku Bersuara’. This single aslo marks her debut as a talent under her new management, Rocketfuel Entertainment.

To no surprise, ‘Ku Bersuara’ features her duet partner Syamel as the composer and lyricist alongside other familiar names such as Omar K, Blaine Bakri and John Jeevasingham. Tailor made for her vocal stylistics, ‘Ku Bersuara’ is a power ballad which allows Ernie to showcase her amazing voice.

It is delivered so effortlessly and is expected to leave an impact in the hearts of music fans nationwide.

According to Feros, the Head of Music Label, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.,

“Ernie Zakri is no stranger to the local music arena. Her vocal prowess is bound to capture the attention of all music lovers. So we at Rocketfuel have no doubts that Ernie can deliever these ballads as we are confident of her strength and talents. We hope the song will be well accepted by her fans once they know that her duet partner and big supporter, Syamel is also behind the project.”

‘Ku Bersuara’ is fully produced by Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. And is expected to meet fans on the airwaves of Malaysian radio stations starting 7th December 2018. The official music video will be launched on Rocketfuel Network’s YouTube channel very soon.

The track can be downloaded on iTunes and also be used as a caller ring tone through various local telcos. It can also be heard through online streaming via platforms such as Raku, Spotify, Joox dan Apple Music

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

Ernie Zakri Lancar Single Terbaru KU BERSUARA

LIRIK KU BERSUARA

Artis : Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

Biarku tulis semua
Perjalanan hidupku

Ku huraikan semua
Yang terbuku di dada
Aku sadurkan
Bernada bicara

Lemah di mata mereka
Ruang hati dipersia
Aku dipersenda
Ku tak berdaya

Dijanjikan mahligai cinta
Terkaburi belaian manja
Yang kusangka tenang
Rupanya tersimpan rahsia

C/O:
Ku bersuara saat kau berikan derita
Terpedaya bukan pengakhiran cerita luka
Tercabarnya diriku
Murahannya katamu
Ku bersuara

Dijual pada mereka
Resah jiwa diperguna
Aku tersedar
Jaga dari lena

Dijanjikan mahligai cinta
Terkaburi belaian manja
Yang kusangka tenang
Rupanya tersimpan rahsia

O:
Ku bersuara saat kau berikan derita
Terpedaya bukan pengakhiran cerita luka
Tercabarnya diriku
Murahannya katamu
Ku bersuara

Ku bersuara..
Terima kasih ku ucap padamu
Terlerai cengkaman jiwa..

Repeat C/O

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kesinambungan ILAIKA YUSUF 2 Lakonan Azam Pitt & Sheira Ayob

TV2 Siar Filem Terbaik Menjelang Sambutan Tahun 2019