in , ,

Kisah Cinta Abadi Datuk & Nenek Ernie Zakri dalam Lagu GUNDAH

Biarpun telah lama bertapak dalam industri seni suara tempatan, penyanyi kecil bersuara hebat Ernie Zakri tidak pernah berputus asa untuk mencipta nama dalam arena hiburan tempatan.

Setelah berjaya mencuri perhatian lewat karya-karya terdahulu bersama Syamel dan terbaru melalui lagu ‘Ku Bersuara’ yang berjaya menembusi senarai lagu-lagu untuk Anugerah Juara Lagu ke-34 yang akan datang, Ernie muncul dengan sebuah lagi buah tangan buat peminatnya yang berjudul ‘Gundah’. 

Lagu dan lirik ‘Gundah’ merupakan hasil ciptaan bekas pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke -33, Sharon Paul bersama Ernie sendiri.

Gundah Ernie Zakri

Baru-baru ini, beliau telah menerima Anugerah sebagai Asean Master Class Award in Emerging Performance Artist di Asean Outstanding Business Award 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur. 

Selain dari bidang nyanyian, Ernie juga sudah mula melibatkan diri dalam bidang lakonan. Beliau menjadi salah seorang watak utama dalam sebuah drama yang berjudul ‘Suri Katriana’ dan kini beliau mula mendapat banyak tawaran untuk berlakon.

Menurut Ernie lagu ‘Gundah’ ditujukan khas buat arwah datuk dan neneknya, Haji Mohamed & Hajjah Rokayah.  

Ia mengisahkan percintaan dua insan yang bercinta sampai ke hujung nyawa dan menggambarkan penderitaan seorang lelaki (iaitu datuknya) yang menderita disebabkan kematian wanita yang dicintai (neneknya). 

Selepas setahun pemergian neneknya, datuknya pula yang meninggal dunia. Bait-bait lirik “Biar rasa ini membunuhku, biar rindu ini menghukumku” adalah lirik yang tepat menggambarkan kesedihan hati lelaki tersebut.

Menurut FerosKetua Label Muzik, Rocketfuel Records,

”Lagu Gundah merupakan karya terbaru hasil nukilan Sharon Paul Dan Ernie sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”

FerosKetua Label Muzik, Rocketfuel Records

Lagu ‘Gundah’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. 

Video lirik dan muzik lagu ‘Gundah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network. 

TAMAT

Gundah Ernie Zakri

Ernie Zakri Chants Out ‘Gundah’ – Immortal love story of Grandparents 

Despite being in the industry for several years, the petite singer with a big voice, Ernie Zakri never gave up in chasing her dreams of making a name in the local music scene. After successfully stealing the attention of music lovers through her past collaborations with local star Syamel, and most recently through her song ‘Ku Bersuara’ which made it into the 12 final songs for the prestigious up-coming Anugerah Juara Lagu song competition, Ernie returns with a new offering called ‘Gundah’.

‘Gundah’ was entirely composed and written by third place winner of the recent 33rd Anugerah Juara Lagu installation, Sharon Paul and Ernie herself.

Recently Ernie was bestowed the Asean Master Class Award in Emerging Performance Artist at the Asean Outstanding Business Award 2019 which took place in Kuala Lumpur. 

Apart from singing, Ernie has also dabbled into acting where she recently played the main role in a local TV drama series called ‘Suri Katriana’ and now more offers seem to be coming her way.

According to Ernie the song is dedicated to her late grandfather and grandmother, Haji Mohamed and Hajjah Rokayah.  It tells the tale of their love which lasted until their deaths and encapsulates the agony of a man (her grandfather) who suffered the loss of his wife (her grandmother).  A year after her demise, her grandfather followed soon after. The Malay lyrics which read “Biar rasa ini membunuhku, biar rindu ini menghukumku” (let this feeling kill me, let this sense of longing punish me) perfectly describes the sorrow felt by the man in question. 

According to Ferosthe Music Label Head of Rocketfuel Records,

“Gundah is another masterpiece by Sharon Paul and Ernie herself and we have high hopes that this song will be a favourite among Ernie’s fans and music lovers in general,”

‘Gundah’ can be downloaded on iTunes and be made as a caller ringtone on all local telcos. It can also be heard and streamed online through digital platforms such as Raku, Spotify, Joox and Apple Music. The music video for ‘Gundah’ is also available at Rocketfuel Network’s Youtube channel.

-END-

Lyrics GUNDAH – Ernie Zakri 

Komposer: Ernie Zakri & Sharon Paul

Penulis Lirik: Ernie Zakri & Sharon Paul 

Cinta yang kau beri ku penuh rasa 

Lelah, rindu juga bahagia

Lebur hatiku dengan kata kata 

Dunia hancur punah retak sejuta 

Pre chorus 

Setelah aku kau pergi meninggalkan 

Terkaku ku dalam kegelapan 

Chorus 

Biar rasa ini membunuhku 

Biar rindu ini menghukumku 

Apa jua namun Dia tahu 

Cintaku utuh bila disampingmu 

Simpan segalanya 

Teguh agar jiwa tiada rasa 

Akulah rindu yang kau bawa pergi 

Tenggelam bersama senja hari 

Dan malam ku penuh dengan emosi 

Ku pendamkan walau parah ku sembunyi 

Pre chorus 

Setelah aku kau pergi meninggalkan 

Terkaku ku dalam kegelapan 

Chorus 

Biar rasa ini membunuhku 

Biar rindu ini menghukumku 

Apa jua namun Dia tahu 

Cintaku utuh bila disampingmu 

Simpan segalanya 

Biar pudar semua 

Agar jiwa ini tiada rasa 

Bridge 

Telah ku gagah bertahan 

Namun rapuhnya 

Tapi ku rela 

Jiwa ku bersamamu! 

Chorus (modulation) 

Apa jua namun Dia tahu 

Cintaku utuh bila disampingmu 

Biar rasa ini membunuhku 

Biar rindu ini menghukumku 

Apa jua namun Dia tahu 

Cintaku satu.. 

Simpan segalanya 

Teguh agar tiada rasa..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menonton Filem Spies In Disguise

Senarai Persembahan Artis & Penyanyi Popular di Rockaway 2020