in , ,

Ernie Zakri Abadikan Kisah Cinta Datuk & Nenek Sendiri dalam Single GUNDAH

Selepas ‘Ku Bersuara’ menjadi salah satu finalis bagi Anugerah Juara Lagu ke-34, Ernie Zakri muncul dengan single terbaru ‘Gundah’.

Lagu dan lirik ‘Gundah’ merupakan hasil ciptaan Ernie sendiri bersama dengan komposer Sharon Paul. Lagu ‘Gundah’ yang ditujukan khas buat arwah datuk dan neneknya, Haji Mohamed & Hajjah Rokayah. Ia mengisahkan percintaan dua insan yang bercinta sampai ke hujungnyawa dan menggambarkan penderitaan seorang lelaki (iaitu datuknya) yang menderita disebabkan kematian wanita yang dicintai (neneknya). ‘Gundah’ bakal muncul dengan Muzik Video yang dilakonkan oleh pelakon hebat Zamarul Hisham dan Fazlina Ahmad Daud pada hari Jumaat, 27 March 2020 di youtube channel Rocketfuel Network.

Selepas setahun pemergian neneknya, datuknya pula yang meninggal dunia. Bait-bait lirik “Biar rasa ini membunuhku, biar rindu ini menghukumku” adalah lirik yang tepat menggambarkan kesedihan hati lelaki tersebut.

Menurut FerosKetua Label MuzikRocketfuel Records,

”Lagu Gundah merupakan karya terbaru hasil nukilan Sharon Paul Dan Ernie sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”

FerosKetua Label MuzikRocketfuel Records

Lagu ‘Gundah’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik lagu ‘Gundah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Ernie Zakri
Ernie Zakri

Ernie Zakri Chants Out Gundah’ Immortal love story of Grandparents

After ‘Ku Bersuara’ became one of the finalist for Anugerah Juara Lagu ke-34, Ernie Zakri come out with her brand new single ‘Gundah’. ‘Gundah’ was entirely composed and written by Ernie herself together with Sharon Paul.

The song is dedicated to her late grandfather and grandmother, Haji Mohamed and Hajjah Rokayah. It tells the tale of their love which lasted until their deaths and encapsulates the agony of a man (her grandfather) who suffered the loss of his wife (her grandmother). The offical Music Video with the appearances of well known actor and actress Zamarul Hisham and Fazlina Ahmad Daud. The Music Video will be available on Friday, 27 March 2020 at Rocketfuel Network youtube channel.

A year after her demise, her grandfather followed soon after. The Malay lyrics which read “Biar rasa ini membunuhku, biar rindu ini menghukumku” (let this feeling kill me, let this sense of longing punish me) perfectly describes the sorrow felt by the man in question.

According to Ferosthe Music Label Head of Rocketfuel Records,
“Gundah is another masterpiece by Sharon Paul and Ernie herself and we have high hopes that this song will be a favourite among Ernie’s fans and music lovers in general . ”

‘Gundah’ can be downloaded on iTunes and be made as a caller ringtone on all local telcos. It can also be heard and streamed online through digital platforms such as Spotify, Joox and Apple Music.

The music video for ‘Gundah’ is also available at Rocketfuel Network’s Youtube channel.

Lyrics GUNDAH – Ernie Zakri Komposer: Ernie Zakri & Sharon Paul Penulis Lirik: Ernie Zakri & Sharon Paul

Cinta yang kau beri ku penuh rasa 
Lelah, rindu juga bahagia
Lebur hatiku dengan kata kata
Dunia hancur punah retak sejuta

Pre chorus
Setelah aku kau pergi meninggalkan Terkaku ku dalam kegelapan

Chorus
Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun
Dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu

Simpan segalanya
Teguh agar jiwa tiada rasa

Akulah rindu yang kau bawa pergi 
Tenggelam bersama senja hari
Dan malam ku penuh dengan emosi
Ku pendamkan walau parah ku sembunyi

Pre chorus
Setelah aku kau pergi meninggalkan Terkaku ku dalam kegelapan

Chorus
Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun
Dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu

Simpan segalanya
Biar pudar semua Agar jiwa ini tiada rasa

Bridge
Telah ku gagah bertahan

Namun rapuhnya
Tapi ku rela
Jiwa ku bersamamu!

Chorus (modulation)
Apa jua namun Dia tahu Cintaku utuh bila disampingmu

Biar rasa ini membunuhku 
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun Dia tahu Cintaku satu..

Simpan segalanya Teguh agar tiada rasa…

What do you think?

63 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

COVID-19: Zizan & Neelofa Ganding Bahu Hulur Bantuan

Hunny Madu & HappyFresh Eratkan Hubungan Dengan Ibu Mentua