in ,

Sepang Sudah Sedia Untuk Ujian Masa eRacing Grand Prix SEA

Kejohanan eRacing Grand Prix SEA yang ditunggu-tunggu akan membuka tirainya pada hujung minggu ini dengan sesi ujian masa yang pertama dan berlangsung serentak dengan Malaysia Speed Festival (MSF) di Litar Antarabangsa Sepang.

Dengan tujuan mentransformasikan pelumba alam maya menjadi jagoan di litar sebenar, eRacing Grand Prix yang telah diperkenalkan di Hong Kong tahun lalu kini dibawa ke rantau ini oleh bekas pelumba Formula 1 dan pengasas Axle Motorsport, Alex Yoong.

IMG_1

Setiap peserta diberi peluang untuk melengkapkan lima pusingan ujian masa yang akan berlangsung selama beberapa minggu. Seramai 45 peserta dengan catatan masa terbaik kemudiannya akan dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk pusingan separuh akhir diikuti dengan 5 pelumba teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke Grand Finals bagi merebut kejuaraan sulung eRacing Grand Prix SEA.

Pengasas Axle Motorsport, Alex Yoong amat teruja dengan penganjuran Grand Prix sulung ini di Malaysia dan berharap inisiatif ini akan membawa era baru untuk industri sukan permotoran di negara ini.

“Kami amat gembira dengan sambutan yang kami dapat daripada penyertaan dan juga penglibatan para penaja.

Sememangnya cukup mengujakan untuk melakukan sesuatu yang baharu buat kali pertama,dan semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan dan saya tak sabar untuk hujung minggu ini.”

– Pengasas Axle Motorsport, Alex Yoong

Alex juga meminta para peserta  bersedia sebaiknya untuk sesi ujian masa dan dia menjangkakan saingan sengit di antara peserta semasa mereka bersaing di peringkat seterusnya.

“Amat penting untuk para peserta memberi perhatian kepada laman web kami kerana sebarang maklumat tentang kereta apa yang akan mereka pandu serta litar mana yang akan digunakan semasa sesi ujian masa nanti.

Tambahan pula, latihan yang banyak juga penting kerana ia akan membantu mereka bersedia untuk ujian masa.”

Pengasas Axle Motorsport, Alex Yoong

Selepas pusingan pertama di Sepang, sesi ujian masa seterusnya bagi eRacing Grand Prix SEA dijadualkan berlangsung di Centre Court, Atria Shopping Gallery pada 13 dan 14 Julai 2019.

 “Ramai di antara mereka yang begitu ghairah untuk sertai pertandingan ini.

Saya jangkakan ia akan sama seperti edisi di Hong Kong di mana kami menjumpai ramai pelumba yang sangat bagus.

Jika anda mempunyai simulator, jangan hanya memandu bagi sesi ujian masa tetapi anda perlu berlatih untuk berlumba dengan kereta lain dan and juga perlu menitikkan beratkan tentang penggunaan tayar yang sesuai.

Jika peserta berjaya menempatkan diri di kelompok 45 terbaik, mereka perlu menggunakan kemahiran memotong dan mengekalkan kedudukan.

Dengan banyak menonton perlumbaan dapat membantu mereka mempelajari situasi itu,”

– Alex

Grand Prix ini juga akan diadakan di Filipina, Indonesia, Singapuradan Vietnam di mana pemenang bagi setiap negara akan dilatih dan berpeluang berlumba di Formula 4 South East Asia Championship (F4SEA), pengalaman yang berharga 100,000 EUROS yang akan menjadi titik permulaan para pemenang untuk bergelar pelumba professional.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Facebook rasmi eRacing Grand Prix SEA di https://www.facebook.com/ergpsea  atau layari laman web rasmi di https://ergpsea.com/

About Axle Motorsport:

Founded in 2008, Axle Motorsport (Axle) is the brainchild of Malaysia’s premier Formula 1 racing driver Alex Yoong. Embodying Alex’s drive and passion for the sport, Axle provides progressive avenues to the motorsports industry. It consists of key management team and staff that have developed a full range of expertise in managing and operating manufacturers and private motorsport programmes, and the development of motor sports series locally and regionally.

As the global dimension of this sports platform becomes increasingly prominent, Axle prides itself in growing leaps and bounds in the decade since its inception

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Panggung RTM TERIMA KASIH INDAH Hati Seorang Pendidik

Siti Nurhaliza Dedah Identiti Sebenar Wanita Cantik Pengasuh Siti Aafiyah