in ,

ERA Umum Wajah Baharu Personaliti ERA

Setelah berjaya harungi pelbagai tugasan dan cabaran Personaliti Top ERAMuhammad Zahier Yusoff dinobatkan sebagai Juara dan ditawarkan kontrak dua tahun untuk memulakan kerjaya sebagai personaliti ERA pada masa akan datang. Selain itu, Zahier turut membawa pulang sebuah trofi dan menerima tajaan minuman Milo untuk satu tahun. 

Juara Personaliti Top ERA, Muhammad Zahier Yusoff
  • Pada finale hari ini, lima finalis yang disenarai pendek daripada 13 perserta, dinilai berdasarkan penghasilan video bertemakan ‘Personaliti Top ERA’ dan diadili menerusi sesi soal jawab yang membariskan juri-juri berpengalaman termasuk Nazri Noran, Pengurus Rangkaian Kandungan Jenama Radio Melayu Astro, Jessabell Soo, Penolong Pengurus Kandungan, Thinker Studios dan Syakireen Othman, Pengurus Digital, Rangkaian Kandungan Melayu Astro. 
Gambar kumpulan Juara bersama peserta-peserta Personaliti Top ERA
Gambar juara, Zahier bersama peserta-peserta Personaliti Top ERA
  • Penjurian Personaliti Top ERA dibuat berdasarkan cabaran dan tugasan yang merangkumi penulisan skrip, penghasilan dan penyuntingan video di laman sosial, sesi bergandingan bersama personaliti ERA di udara dan acara lapangan bersama Dak Dak ERA. 
  • Pentas akhir Personaliti Top ERA dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi berbakat Haqiem Rusli dan kumpulan trio terkenal tanah air, De Fam. Personaliti-personaliti ERA, Radin dan Hani Fadzil turut hadir selaku hos di pentas akhir. 
  • Personaliti Top ERA yang bermula awal bulan Oktober membuka peluang kepada anak muda Malaysia untuk menonjolkan bakat di dalam dunia penyiaran radio.
  • Tahniah kepada juara, Muhammad Zahier Yusoff!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rita Rudaini Mahu Saman Netizen Persoal Sah Taraf Anak

Senarai Komen Juri Gegar Vaganza 2019 Minggu Ke-2