in , ,

Sekitar ERA Digital Muzik Awards 2016 Yang Happening

Sebenarnya, Budiey ternanti juga satu anugerah yang relevan dengan zaman media digital yang semakin tumbuh melata di alam maya ini. Setidak-tidaknya ada anugerah yang sesuai untuk peminat yang menyokong artis pujaan mereka. Barulah industri ni nampak meriah sikit. Takdelah suram sangat.

Namun, penantian Budiey nampaknya terhenti apabila Radio Era bersama DiGi telah mengadakan satu anugerah yang menggunakan medium digital dan media sosial sepenuhnya dengan menamakannya ERA Digital Muzik Awards (#ERADMA). Satu langkah yang bijak dan drastik! Pastinya, anugerah ini menjadi pemangkin dan cubaan pertama untuk melihat apakah ada impak dan juga kesan yang positif. Sekiranya, anugerah ini berjaya mencipta rekod tersendiri mengapa tidak diteruskan sahaja dan menjadi lebih gah pada tahun hadapan, kan?

Keluarga Era Fm Yang Menjayakan Eradma 2016 Buat Pertama Kalinya

Yelah, Budiey sangat excited dengan anugerah ini sebab sebagai seorang penulis blog, Budiey memang mengalu-alukan anugerah ini sebab ia dapat memeriahkan lagi industri selain mengiktiraf artis atau penyanyi yang menjadi viral dan mencatat rekod trending dalam arena muzik tanahair.

Sekarang ini, senang sekali sebab kita ada data internet yang laju dan hebat berdesum sehebat DiGi yang mana menjadi kemudahan kita untuk mendengar atau menonton muzik video lagu di alam maya. Tak lupa, selepas kita tonton tu, tak reti-reti nak share sebagai satu penghargaan kepada karya seni yang dihasilkan. Sekarang ini, korang boleh dapatkan 8gb percuma untuk mendengar dan layan music serta video streaming dengan Digi Prepaid LiVE. Mana nak cari dik? DiGi kasi percuma kot.

Nama pun Anugerah Era Digital Muzik Awards 2016, sudah tentu acara ini akan dihadiri oleh penyampai Radio Era yang havoc tu.

Para Penyampai Era Fm Di Karpet Digital

Tidak dinafikan, tahun berganti tahun nampaknya medium digital dan media sosial sudah mempelopori banyak bidang termasuklah dunia hiburan. Segala permulaan dan kejayaan artis nampaknya bergantung dan bermula dengan media sosial.

Bertepatan dengan usia Budiey.com yang kini menyambut ulangtahun ke-10, Budiey mahu ucapkan jutaan terima kasih kepada Era FM yang menjemput Budiey menjadi penyampai anugerah di anugerah ERADMA yang distrimkan oleh Digi Prepaid LiVE ini. Budiey rasa sangat teruja sebab ini adalah kali pertama Budiey dijemput untuk menjadi penyampai untuk kategori Lagu Paling EMO di anugerah yang happening ini.

Semasa di pentas, Budiey ditugaskan jadi penyampai bersama dengan penyampai wanita Hani dari Era FM yang sangat fresh dan petah serta suka berjenaka. Yang kelakarnya, kami tak de nak plan sangat apa yang nak dibuat atas pentas, hanya ikut follow the flow je. Budiey memang neves dan berdebar-debar juga sebab tak biasa tapi buat-buat macam dah biasa… tenang dan rileks je dengan Hani yang cukup bersahaja serta spontan. Dan pemenangnya ialah… Aiman Tino! Tahniah buat adik kita ni. Kecil-kecil dah catat rekod di Youtube mengalahkan artis ternama.

Budiey Era

Serentak dengan anugerah yang berlangsung pada 18 Januari 2017, Rabu bermula jam 8.30 malam ini, Radio Era turut menjemput Budiey sebagai tetamu di slot JOHARA PAGI ERA. Memang seronok sangat sebab dapat ini juga adalah kali pertama Budiey bertandang di konti Era sebagai tetamu. Tambah lagi, siapa tak happy apabila diberi peluang untuk borak-borak santai dengan pelawak terkenal Johan serta Ray yang ceria dan Haniff yang sangat peramah tu.

Mereka sangat sempoi dan yang penting konti Era memang terkenal dengan keletah mereka yang cukup menyegarkan setiap pagi. Macam-macam perkara yang Budiey dapat kongsikan bersama pendengar Era FM pada pagi itu. Termasuklah tentang dunia penulisan blog, tentang selebriti, tentang radio Era FM sendiri dan macam-macam lagi lah.

Untuk info, apa yang uniknya, anugerah ini ditayangkan secara langsung menerusi Facebook Live ERA fm. Malam tu, Budiey kira ramai sekali yang menonton siaran langsung. Tak sangka juga anugerah ini mendapat sambutan.

Nabil Yang Sentiasa Membuatkan Penonton Tidak Kering Gusi

Anugerah ini dihoskan oleh Nabil Ahmad yang memang bijak berjenaka dan menghiburkan. Antara artis yang hadir membuat persembahan antaranya adalah Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Khai Bahar, Amiraa Othman, Syameel dan Colour Of Voices. Semuanya memang membuatkan anugerah ini lagi happening. Selain dari artis, rakan dari kalangan selebriti sosial media juga turut diraikan antaranya Zukie, Sterk Production, Coco, Loqman dan ramai lagi.

Jadi macamana cara anugerah ini pilih pemenang? Haaa, sebenarnya, ERA Digital Music Awards memberi peluang kepada Netizen untuk menentukan siapakah yang patut menjadi pemenang bagi setiap kategori kerana anugerah ini tiada penilaian dari sebarang juri professional. 100% undian dilakukan secara digital melalui edma.era.fm. Elok gak tu sebab kalau nak tengok artis pujaan mereka menang, kenalah gigih berusaha untuk undi, ye dok?

Budiey sangat bersetuju dengan tujuan ERA Digital Music Awards ini diadakan adalah untuk mengiktiraf bakat anak seni tempatan yang menggunakan medium media sosial dan digital untuk mengorak langkah dalam dunia hiburan dan mengembangkan bakat mereka. Selain itu, idea untuk menganjurkan anugerah ini juga disebabkan pengguna media sosial yang semakin bertambah di Malaysia.

Selain itu, Digi Prepaid LiVe memainkan peranan penting bagi menjayakan anugerah digital ini yang diadakan buat julung kalinya dengan menyediakan kepakaran teknologi dan capaian internet yang tinggi bagi menjamin kualiti siaran ERA Digital Muzik Awards. Digi juga terlibat untuk menyerlahkan lagi bakat seni anak muda dengan mewujudkan kategori baru untuk anugerah ERA Digital Muzik Awards iaitu Penyanyi Harapan Baru Pilihan Digi 2016 dengan mempertaruhkan bakat-bakat seni baru antaranya seperti Colour Of Voices, Cherpen Band, Ara AF2016 dan Atmosfera.

Senarai Penuh Nama Pemenang ERA Digital Muzik Awards 2016

Eradma2016-Faizaltahir_Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016

Pemenang Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016: Faizal Tahir
– Juzzthin
– Yuna
– Faizal Tahir
– Tasha Manshahar
– Waris

Eradma2016-Haqiemrusli_Lagu Nyanyian Semula Terbaik 2016

Pemenang Lagu Nyanyian Semula Terbaik 2016: Segalanya – Haqiem Rusli
– Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
– Segalanya – Haqiem Rusli
– Hang Pi Mana – Khalifah
– Sudahku Tahu – Projector Band
– Terakhir- Sufian Suhaimi

Eradma2016-Aimantino_Lagu Paling Emo 2016

Pemenang Lagu Paling EMO 2016: Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
– Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
– Takkan Pergi – Hyper Act
– Demi Cinta – Ezad Lazim
– Sudahku Tahu- Projector Band
– Terakhir- Sufian Suhaimi

Eradma2016-Aydajebat_Temubual Tetamu Terbaik Carta Era 40 2016

Pemenang Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 40 2016: Ayda Jebat
– Ayda Jebat
– Azhael
– Black
– Hazama
– Kaka Azraff

Eradma2016-Syamel_Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40 2016

Pemenang Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 2016: Syamel

Eradma2016-Colour Of Voices_Pemenang_Penyanyi Harapan Baru Pilihan Digi 2016

Penyanyi Harapan Baru Pilihan Digi 2016: Colour Of Voices

Untuk info, pemilihan artis semua dilakukan berdasarkan penyanyi yang paling lama berada di dalam Carta Era 40 2016 dan lagu yang paling banyak mendapat permintaan di media sosial atau ruang digital.

Tahniah buat semua pemenang. Kepada yang tidak berjaya, boleh lah cuba lagi di tahun depan. Budiey harap sangat event semacam ini akan diteruskan lagi sebab ia memang best!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem THE LEGO® BATMAN MOVIE

Satu Malam Yang Joyful dengan KL Pass Night Out Deal