in ,

Episod Akhir Drama Bersiri Setitis Kasih Darmia

Drama bersiri, Setitis Kasih Darmia yang mendapat jumlah tontonan tinggi sehingga 1.7 juta di TV9 bakal berakhir pada 26 November ini. Setitis Kasih Darmia yang dilakonkan oleh Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad, Zarynn Minn, Josiah Hogan, Puteri Chichi, Azizah Mahzan, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi, Dato Jalaluddin Hasan dan Aznah Hamid ini adalah sebuah drama adaptasi daripada novel nukilan Naniey TJ.

Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela. Setelah kembali bersua secara tidak sengaja, dari benci kemudiannya bertukar menjadi cinta. Amir mula sayangkan Darmia. Tetapi Darmia berat untuk menerima Amir kerana Liza, sepupunya sendiri menyukai Amir.

Episod Akhir Drama bersiri Setitis Kasih Darmia

Episod akhir ini akan menyaksikan pengakhiran kisah duka Darmia yang sering dianiaya oleh Mak Long dan Mak Ngahnya yang cemburukan pada arwah ibu Darmia. Tetapi kerana sering menuduh Darmia, segala cercaannya selama ini kembali ke muka Mak Long apabila Lisa mengandung anak di luar nikah. Mak Ngah Salmah menjadi berang apabila mengetahui Lisa menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya sendiri. Mak Ngah Salmah yang mencintai suaminya sangat marah apabila mengetahui hubungan mereka dan nekad untuk membunuh kedua-duanya.

Amir masih bingung mengenangkan nasibnya kerana Darmia masih lagi dingin terhadapnya. Darmia pula terpukul dengan kata-kata Lisa dan tersedar dengan kesilapannya yang tidak menghargai kasih sayang Amir yang sentiasa mengambil berat terhadap dirinya.

Masih adakah sisa cinta Amir untuk Darmia? Apakah kesudahan nasib Mak Long, Mak Ngah dan Lisa yang selama ini bersikap kejam terhadap Darmia? Semuanya bakal terjawab dalam episod akhir Setitis Kasih Darmia, Rabu ini jam 8.30 malam. Bagi anda yang ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan drama ini, jangan lupa layari www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my.

Episod Akhir Drama bersiri Setitis Kasih Darmia

Episod Akhir Drama bersiri Setitis Kasih Darmia

Episod Akhir Drama bersiri Setitis Kasih Darmia

Episod Akhir Drama bersiri Setitis Kasih Darmia

Episod Akhir Drama bersiri Setitis Kasih Darmia

Episod Akhir Drama bersiri Setitis Kasih Darmia

Episod Akhir Drama bersiri Setitis Kasih Darmia

Episod Akhir Drama bersiri Setitis Kasih Darmia

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

SELUDUP Bakal Disiarkan di Astro Prima & Maya HD Disember Ini

Amelina Solat Istikharah Sebelum Kembali Menyanyi