in ,

Episod Akhir Drama Bersiri Makbul

Episod Akhir Drama Bersiri Makbul Pada 14 Julai Di TV2

Drama bersiri keagamaan bertajuk Makbul terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mendapat tempat di hati penonton, bakal sampai ke episod kemuncaknya pada 14 Julai depan, jam 9.00 malam di TV2.

Menerusi episod akhir ini, terungkai satu jawapan terhadap segala peristiwa yang telah berlaku di mana apabila konflik sampai ke kemuncaknya, Encik Anuar bersembunyi dari orang-orang kampung di rumah Bol, beliau ada bertanyakan kepada Bol apakah yang didoakan Bol semasa berada di Mekah. Bol memberitahu bahawa dia mendoakan agar tiga doa yang didoakan oleh Encik Anuar dimakbulkan dengan syarat doa itu haruslah dalam satu nafas.

drama Makbul

Menerusi 14 episod terdahulu, Makbul mengisahkan kehidupan seorang kontraktor, Anuar yang kurang mempercayai akan keberkatan dan pentingnya doa dalam kehidupan seorang muslim. Anuar berpendapat setiap kejayaan yang dimilikinya adalah hasil daripada usaha gigih dan kebijaksanaanya. Krisis ekonomi dunia telah menjejaskan syarikat miliknya. Pada masa yang sama juga syarikatnya mendapat tender kerajaan untuk membina sebuah kolej. Syarikatnya berhadapan dengan masalah untuk mendapat pembiayaan bank menyebabkan dia membuka pintu hati untuk menaja 12 orang kampung untuk menunaikan Umrah dengan tujuan untuk mendoakan agar dia mendapat kelulusan pinjaman bank nanti.

Bol, seorang pemuda kampung yang lurus bendul sering kali diperlekehkan oleh sesetengah orang kampung. Bol yang terlalu ingin untuk menziarahi makam Rasullulah telah diberi peluang mengantikan tempat Imam Rosdi untuk menunaikan Umrah walau pun ianya tidak begitu dipersetujui oleh Anuar yang merasakan doa Bol tidak akan dimakbulkan kerana Bol seorang yang lurus bendul serta tidak pandai membaca dan menulis.

Berbagai peristiwa telah berlaku yang membuatkan penduduk kampung beranggapan bahawa Anuar merupakan seorang wali. Keadaan menjadi kecoh apabila ada penduduk kampung mulai beranggapan Anuar seorang wali yang mana doanya makbul dan telah berkumpul di hadapan rumah Anuar untuk memintanya mendoakan mereka.
Anuar yang tidak dapat menerima tekanan daripada penduduk kampung akhirnya telah bersembunyi di rumah Bol untuk mengelakkan daripada orang kampung yang selalu mendesaknya mendoakan apa yang mereka hajati. Disinilah akhirnya, terungkai satu jawapan terhadap segala peristiwa yang telah berlaku.

Lakonan Dato Jalaludin Hasan, Kartina Aziz, Khatijah Tan, Abu Bakar Juah, Wan Maimunah, drama arahan Asri Alias ini turut dibintangi oleh Kazarudin Sarsi, Mubarak Majid, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Fathil Dani.

babak dalam Makbul

adegan dalam Makbul

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Animasi Anak-Anak Sidek & Animasi Bola Kampung

Cinta Romantis Drakula Dalam The Vampire Diaries