in , ,

Engku Emran & Nabila Masih Sebumbung, Video Jebat Jawab Persoalan

Video tersebut secara tidak langsung menjawab persoalan orang ramai bahawa pasangan itu ternyata baik-baik sahaja.

Sejak minggu lalu kecoh apabila rumah tangga kakak kepada usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila bersama Engku Emran menjadi perbualan hangat orang ramai.

Malah, lebih mengejutkan apabila media di Indonesia turut melaporkan berkenaan desas-desus yang mengatakan pasangan tersebut telah bercerai selepas melihat gambar mereka telah dipadamkan di laman media sosial milik Nabila. 

Muat naik video Jebat solat bersama seseorang

Baru-baru ini, perkongsian Nabila yang memuat naik satu video di TikTok yang memaparkan aksi comel Jebat Jayden sedang menunaikan solat bersama seorang lelaki.

Menerusi video berkenaan, kelihatan satu susuk tubuh lelaki yang sedang menjadi imam dan si comel itu sedang mengikutinya untuk solat bersama-sama.

Kelihatan Engku Emran menjadi imam, sekaligus jawab spekulasi rumah tangga pasangan tersebut

Meskipun telatah comelnya itu mencuit hati orang ramai, namun apa yang menjadi perhatian adalah susuk tubuh yang menjadi imam itu adalah Engku Emran.

Perkongsian ini sekaligus telah menjawab spekulasi yang sering menjadi persoalan orang ramai mengenai keadaan rumah tangga mereka di mana ia masih berada di dalam keadaan yang baik selain masih lagi duduk bersama.

Perkongsian ini sekaligus telah menjawab spekulasi yang sering menjadi persoalan orang ramai mengenai keadaan rumah tangga mereka di mana ia masih berada di dalam keadaan yang baik selain masih lagi duduk bersama.

Bukan itu sahaja, kelihatan di ruangan komen ramai yang mendoakan kebahagian pasangan ini agar rumah tangga yang dibina bahagia hingga ke akhir hayat.

Malah, tidak ketinggalan juga ada yang terhibur melihat gelagat comel Jebat Jayden yang berusaha untuk solat bersama-sama meskipun ada sahaja yang dilakukannya.

“Perhatikan siapa imam tu bagi menjawab persoalan netizen”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baby Shima | 17

“Jangan Pergunakan Saya Untuk Naikkan Rating,” – Baby Shima Bagi Amaran

Mafarikha | 18

ANGIN Hasil Khayalan Mafarikha Untuk Industri Muzik Tanah Air