in ,

“Encik Suami Dah Pesan, Jangan Panjangkan Isu Lagi,” – Neelofa

Pengacara dan selebriti jutawan popular tanah air, Neelofa, 32, tidak pernah terfikir untuk mengundur diri dari dunia seni hanya demi mengalah kepada kecaman dan kritikan warga net yang tidak berkesudahan.

Menurut Neelofa, meski sedar kecaman datang dari kiri dan kanan, dia lebih selesa untuk bersikap positif walaupun sedar sejak bergelar isteri kepada Haris Ismail, 25, semakin banyak pihak menghentam dirinya menerusi pelbagai kontroversi yang berlaku.

“Saya positif saja, semua orang tahu saya akan sentiasa bergerak ke depan dan tak terkesan dengan apa yang orang cakap. Dulu lagi teruk saya dihentam rasanya.

“Dari tahun 2011, macam-macam kena. Apa saja yang orang tak kata pada saya? Mengenai apa yang berlaku sebelum ini, cukuplah. Saya tak mahu komen dah sebab encik suami pun dah pesan, jangan panjang-panjangkan isu lagi,”katanya.

Neelofa berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran Program Infaq Pertubuhan Kasih Neelofa di Hotel Majestic di sini, semalam.

Dalam majlis tersebut, dia sebagai pengerusi telah melancarkan program Iftar Box dan Food Box yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Selain itu, kata Neelofa, kontroversi yang berlaku kebelakangan ini juga dilihat tidak menjejaskan kebahagiaan hidupnya bersama suami malah kedua-duanya lebih berasa teruja untuk menyambut kedatangan Ramadhan tidak lama lagi.

“Bersyukur sahaja sebab tahun ini dapat menjalani ibadah puasa bersama seorang suami. Kalau boleh nak melangkah ke bulan agung dan penuh keberkatan ini dengan hati yang bersih dan baru.

“Semoga kita semua dapat aura dan merasai kemanisan bulan Ramadhan ini bersama-sama,”katanya.

Dalam pada itu, dia melahirkan rasa syukur kerana Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN), sudah genap berusia setahun dan berbesar hati dapat menyalurkan lebih banyak bantuan kepada pelbagai pihak yang memerlukan.

“Alhamdulillah, dengan pinjaman nama yang Allah SWT kurniakan ini, diharapkan semakin ramai pihak meletakkan kepercayaan untuk saya menerusi PKN menyampaikan amanah sumbangan dan bantuan kepada orang yang memerlukan,”katanya.

PKN selain Iftar Box dan Food Box, turut merangka program lain sepanjang tahun ini dan ia melibatkan program Infaq Yaman, Infaq Quran, Infaq Rehal, Infaq Kasih Ummah (Susu Nilofa) dan Program Qurban 2021.

*Sumber: Utusan Malaysia

‘Tetap Bahagia Dalam Kontroversi’

Biarpun dihimpit satu demi satu kontroversi, selebriti popular, Neelofa, 32, mengakui hubungannya dengan suami, Haris Ismail atau PU Riz, 26, tidak sesekali terjejas.

Malah, kata Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, dia bersyukur mempunyai seseorang suami yang boleh diajak berbincang dan memberikan nasihat.

“Keadaan memang agak tegang sejurus kami mendirikan rumah tangga, namun ia tidak sedikitpun memberikan kesan kepada kebahagiaan kami. Maksudnya, kami masih sepasukan dan sentiasa berbincang mengenai apa yang patut dilakukan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur untuk bahagian ini. Sekarang, saya sentiasa ada seseorang yang mengingatkan dan menasihatkan perkara yang saya tidak nampak.

“Suami berpesan jangan memanjangkan isu ini. Alhamdulillah, saya bersyukur diberikan pengalaman melalui semua ini dengan suami di sisi,” katanya kepada BH Online.

Neelofa berkata, dia menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran yang mematangkan. Dia tetap positif dengan apa sahaja komen yang dilontarkan.

Ada kala orang salah tafsir cara saya, tetapi ada hikmah daripada setiap apa yang berlaku. Macam manapun saya ambil yang baik sahaja dan kekal positif. 

“Saya akan sentiasa bergerak ke hadapan dan tidak terkesan dengan cakap orang. Dahulu saya lagi teruk kena kecam. 

“Saya melalui pelbagai pengalaman dari tahun pertama menceburi bidang seni pada 2011. Apa yang orang tak kata mengenai saya? Saya percaya ini juga adalah proses pembelajaran dalam hidup,” katanya.

Justeru, Neelofa berharap orang ramai tidak memanjangkan insiden perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan dan isu merentas negeri pada kunjungannya ke Pulau Langkawi, baru-baru ini. Sebaliknya, raikan kedatangan Ramadan, minggu depan.

Tambah Neelofa, dia dan suami teruja mahu menyambut Ramadan pertama sebagai suami isteri. 

“Kami teruja nak menyambut Ramadan bersama. Saya berharap, kami dapat menjadi pasangan dalam beribadah. Saya turut mendoakan supaya kita dapat menyambut bulan Ramadan dengan hati yang bersih,” katanya. 

Neelofa ditemui pada Ceramah Perdana Marhaban Ya Shahru Ramadan dan Pelancaran Program Infaq Pertubuhan Kasih Neelofa, di sebuah hotel di sini, semalam.

Majlis itu bagi memperkenalkan program Iftar Box dan Food Box yang akan dilaksanakan sepanjang Ramadan ini. 

“Alhamdulillah, genap setahun Pertubuhan Kasih Neelofa ditubuhkan. Dan kami dapat menjayakan pelbagai program dari Ibadah Qurban sehingga Program Infaq sempena Ramadan ini. 

“Kami cuba mempelbagaikan program supaya orang ramai lebih bersemangat untuk bersedekah dan menyalurkan bantuan menerusi pertubuhan ini. 

“Sebelum ini, saya ada keraguan sama ada sampai atau tidak derma pada orang. Jadi, bagi menyampaikan perkara ini, saya terpaksa tunjuk program yang dijalankan supaya orang ramai lebih yakin menyalurkan bantuan. 

“Jika saya senyap, orang fikir saya buat apa dengan duit mereka. Insya-Allah, semoga program ini dapat membantu mereka yang memerlukan terutamanya ketika pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Selain itu, lima program turut dilancarkan iaitu Infaq Yaman, Infaq Quran, Infaq Rehal, Infaq Kasih Ummah (Susu Nilofa) dan Program Qurban 2021.

*Sumber: BH ONLINE

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Haliza Misbun Kini Isteri Orang, Dapat Hantaran Sebuah Rumah

Elly Mazlein Bengang Dikecam Kongsi Tips Kehamilan