in , ,

Enam Penyanyi Bergabung dalam SYAWAL SEINDAH RAMADHAN

Kali ini Iskandar Projector Band, Ameerais Oneforteen, Oneforteen, Betto Khai, Ezly Syazwan dan Nadeera Zaini menampilkan single raya mereka bertajuk Syawal Seindah Ramadhan.

Lagu dan lirik oleh Aryan (Media Asia Production Sdn Bhd) berkisahkan tentang meraikan kegembiraan dan keindahan ramadhan dan syawal. Di hari raya semua insan beragama Islam tanpa mengira latar belakang. Pangkat atau usia akan meraikannya dengan penuh kesyukuran dan saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Lagu Syawal Seindah Ramadhan akan disiarkan di platform Youtube pada Jun 2020. Kami berharap lagu ini dapat menghiburkan pada pendengar pada musim perayaan ini dan tahun – tahun akan datang serta sentiasa menyokong senarai artis tersebut di persada seni.

Cd Cover (1)

Lirik SYAWAL SEINDAH RAMADHAN

Verse 1)

Marhaban ya ramadhan marhaban ku mohon keampunan

Hadirmu damaikan jiwa

Sebulan dilalui penuh redha

Menahan lapar dahaga hingga tiba hari raya

(Pre Chorus)

Satu syawal suasana meriah sini sana

Lebaran bergemerlapan bercahaya

Berpakaian serba indah jumpa teman rakan lama

Kemaafan bersama ayah dan bonda

(Chorus)

Aneka juadah tersusun dimeja ayuh teman teman jangan malu dan segan

Ketupat rending rencahnya terhidang

Menjamulah selera di syawal mulia

Takbir yang kedengaran rasa pilu menyahut kebesaranmu mensyukurikan rahmatmu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ahmad Izzhar Ahmad Nazri | 16

Amalan-Amalan Sunnah Dalam Program ANDA MUSYKIL?

Zarina Anjoulie | 17

Fara Mendoza Menang Saman Malu Terhadap Zarina Anjoulie