in ,

Enam Lagi Laporan Polis Terhadap Pendakwah Selebriti, Reman Terhadap Da’i Syed Bakal Disambung

Enam laporan polis diterima setakat ini ke atas atas pendakwah selebriti yang ditahan polis berhubung siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam minggu lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihak polis akan mendapatkan perintah mahkamah bagi menyambung reman terhadap pendakwah muda berkenaan selepas pihaknya menerima beberapa laporan terbaharu mengenai salah laku seksualnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, tempoh reman suspek akan tamat esok namun disebabkan beberapa laporan polis yang baru diterima hari ini perintah reman akan dipohon bagi membantu siasatan.

Menurutnya, sehingga kini enam laporan polis diterima iaitu lima di daerah Shah Alam dan satu di daerah Petaling Jaya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (melakukan seks luar tabii) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mencederakan).

“Polis menyeru sekiranya ada mangsa mangsa lain agar jangan bimbang untuk tampil membuat laporan polis,” katanya. 

Suspek yang sepatutnya tamat tahanan reman bagi kes pertamanya pada Selasa akan terus disiasat selepas polis menerima sehingga enam laporan masing-masing membabitkan lima laporan di daerah Shah Alam sementara satu di Petaling Jaya.

Katanya, siasatan bakal dijalankan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, seksyen 354 kerana mencabul, seksyen 377C iaitu melakukan seks luar dan seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan.

Justeru beliau meminta orang ramai yang mungkin menjadi mangsa pendakwah selebriti itu agar tampil membuat laporan polis.

Pendakwah selebriti terbabit sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira 11 malam Khamis lalu, selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Berdasarkan laporan mangsa berusia berusia 23 tahun itu, dia mendakwa diperkosa suspek yang mendakwa mahu membantu merawat gangguan emosi dialami pada September tahun lalu.

Dalam laporan sebelum ini, seorang wanita membuat laporan polis mendakwa turut menjadi mangsa individu berkenaan.

Kali ini modus operandi suspek ialah mengajak mangsa pulang ke rumah untuk mengajar ilmu dalam bidang pemasaran namun sebaliknya berlaku apabila wanita berusia 22 tahun itu dicabul dan dipaksa melakukan seks oral.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej tempatan tampil mendakwa dirinya dicabul oleh individu itu, seorang selebriti tempatan berusia 25 tahun.

Menurut Nik Ezanee, mangsa dalam laporannya mendakwa kejadian berlaku pada 17 Oktober lalu sekitar pukul 1 pagi.

“Mangsa telah dipelawa oleh suspek ke rumahnya di kawasan Damansara Perdana untuk mengajar ilmu pemasaran perniagaan.

Menurut Nik Ezanee, mangsa dalam laporannya mendakwa kejadian berlaku pada 17 Oktober lalu sekitar pukul 1 pagi.

“Mangsa telah dipelawa oleh suspek ke rumahnya di kawasan Damansara Perdana untuk mengajar ilmu pemasaran perniagaan.

Difahamkan suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunga 2020 | 23

Hati-Hati! Ada Senarai Kedai Dalam Talian Jual Telefon Pintar POCO M3 Yang Tak Original

Haqiem Rusli | 24

Selalu Minta Sejadah, Rakan Dedah Utamakan Solat ‘Rahsia’ Haqiem Rusli Murah Rezeki